Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Bahagian Latihan Belia menerusi Seksyen Institusi Pengajian dengan kerjasama Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI pada 23 Januari 2025

Bahagian Latihan Belia menerusi Seksyen Institusi Pengajian dengan kerjasama Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI pada 23 Januari 2025 di Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan.
Seramai 195 orang telah menghadiri sesi ini bagi penilaian tahap 1 mereka sebelum hadir ke kursus kenegaraan (tahap 2) di Pusat Latihan Kenegaraan kelak.
Peserta terdiri daripada pelajar Program Pengajian Cambridge International A Level yang bakal ke luar negara seperti Amerika Syarikat, Canada, United Kingdom, Ireland, Australia dan lain-lain.
Pengisian bagi tahap 1 diberikan input berkaitan sejarah kenegaraan, ideologi kebangsaan iaitu Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan Malaysia MADANI yang disampaikan oleh pegawai latihan dari Bahagian Latihan Belia.
Turut hadir bersama ialah YBrs. Encik Mohamed bin Baharuddin, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Kolej MARA Seremban, Negeri Sembilan.
Semoga dengan sedikit pendedahan awal berkaitan ilmu kenegaraan ini menjadi nilai tambah dalam penjanaan kesedaran dan peningkatan jati diri kepada semua.
 

Seksyen Tunas Belia, Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan (BLB), telah berjaya melaksanakan Bengkel Pemetaan MFLS Tahun 2025 pada 22 hingga 24 Januari

Seksyen Tunas Belia, Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan (BLB), Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), telah berjaya melaksanakan Bengkel Pemetaan MFLS Tahun 2025 pada 22 hingga 24 Januari 2025 di Geno Hotel, Shah Alam, Selangor.
Bengkel ini menghimpunkan 50 pegawai dari seluruh negeri untuk membincangkan MFLS Tier 1 dan Tier 2 serta meningkatkan pelaksanaan Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) bagi tahun 2025. Program ini bertujuan untuk memastikan keberkesanan dan kelestarian dalam membentuk pemimpin yang cemerlang.
YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Encik Shahrir Zaman Bin Abdul Wahab, Tuan Shahrir Zaman bin Abdul Wahab yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) telah merasmikan majlis penutupan bengkel. Turut hadir, Tuan Haji Mohamad Kamal bin Hashim, Timbalan Pengarah Pendidikan Pembangunan Murid, JPN Kedah dan Lt. Kol. Bersekutu (PA) Encik Khalid bin Mohamad Yosoff, Pengarah BLB AKM.
Diharapkan bengkel ini dapat mencapai matlamat untuk melahirkan pemimpin MFLS yang berdisiplin, berhemah, dan mengamalkan nilai kepimpinan secara berterusan. Dengan itu, Program MFLS 2025 diharap akan berjaya dan memberi impak besar dalam membentuk pemimpin masa depan yang unggul.
 

YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Tuan Zawawi Mughni, Pengerusi Pertubuhan ALBAB (Alumni Lepasan Blok Asia Barat)

YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Tuan Zawawi Mughni, Pengerusi Pertubuhan ALBAB (Alumni Lepasan Blok Asia Barat) bersama-sama wakil ALBAB iaitu YBrs. Prof. Madya Dr. Romaizudin, Naib Pengerusi ALBAB dan YBhg. Dato Samsulnajmi Samsuddin, Pengarah EME Kaherah, Mesir.
Turut hadir sama dalam kunjung hormat daripada AKM ialah Tuan Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Tuan Shahrir Zaman bin Abdul Wahab yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Latihan), Pengarah-Pengarah Bahagian AKM dan pegawai-pegawai AKM
Tujuan kunjungan hormat daripada ALBAB adalah bagi membincangkan tentang perancangan program pembangunan pelajar Malaysia di rantau Asia Barat, Utara Afrika khasnya di Mesir dan Jordan bersama-sama AKM.
Semoga kolaborasi strategik ini dapat menjadi pemangkin dalam usaha untuk melaksanakan program dan inisiatif yang memberi manfaat kepada kumpulan sasaran dalam melaksanakan Program Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI serta membangun Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berjaya.
 

Seksyen Badan Berkanun, Bahagian Korporat, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, mengadakan satu perbincangan kolaboratif bersama pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

Seksyen Badan Berkanun, Bahagian Korporat, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, mengadakan satu perbincangan kolaboratif bersama pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Kerapu, Aras 3, Wisma LKIM.
Menerusi perbincangan ini, pihak LKIM sangat tertarik dengan program yang ditawarkan oleh pihak Akademi Kenegaraan Malaysia dan impak yang bakal diterima mereka.
Persetujuan tarikh program telah dibuat dalam perjumpaan kali ini dalam usaha untuk memperkukuhkan nilai kenegaraan dalam kalangan kakitangan Badan Berkanun.
 

Bahagian Korporat, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri hari ini telah mengadakan perbincangan bersama-sama Permodalan Nasional Berhad

Bahagian Korporat, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri hari ini telah mengadakan perbincangan bersama-sama Permodalan Nasional Berhad di pejabat PNB di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.
Perbincangan pada hari ini adalah bersama-sama Tuan Syamsul Rezdi Zainudin (Head, Talent & Development) dan YM Raja Reza Affandi (AVP, Talent & Development) dari Human Capital Permodalan Nasional Berhad dan daripada pihak Bahagian Korporat telah diketuai oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Mohd Khailani Bin Ismail bersama-sama pegawai daripada Bahagian Korporat.
Perbincangan menjurus kepada perancangan Program Kenegaraan Malaysia Madani ( Korporat ) untuk pegawai dan kakitangan Permodalan Nasional Berhad akan datang.