Majlis Bersama Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM)
Pada hari ini, satu majlis penting telah berlangsung di Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), yang dipimpin oleh Ketua Pengarah baharu iaitu YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Hussin. Dalam ucapan beliau, Ketua Pengarah menekankan pentingnya seluruh warga AKM untuk menjadikan 3R sebagai prinsip utama dalam melaksanakan tugas seharian, iaitu Reformasi, Relevan, dan Rasional. Prinsip ini bukan sahaja akan memastikan kerja yang dilakukan berada pada landasan yang betul, malah turut memberi impak yang positif terhadap pembangunan organisasi.
Selain itu, Ketua Pengarah turut menyarankan agar AKM memberi fokus kepada empat strategi utama untuk terus meningkatkan keberkesanan dan kualiti perkhidmatan. Strategi tersebut merangkumi:
Pengurusan yang cekap dan pantas,
modul latihan yang berimpak tinggi,
fasiliti latihan bertaraf profesional, dan melahirkan tenaga pengajar yang bermutu.
Dalam majlis yang sama, Sesi Ikrar Akujanji Pegawai dan Kakitangan AKM juga telah diadakan, di mana seramai 74 orang pegawai AKM telah dilantik ke jawatan tetap. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dalam usaha untuk memastikan kesejahteraan dan motivasi kakitangan AKM sentiasa terjaga.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Pengarah( Pengurusan) En. Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Profesional) En. Sharir Zaman bin Abdul Wahab serta pengarah-pengarah Bahagian. Kehadiran mereka memberi sokongan penuh terhadap pelaksanaan agenda dan strategi AKM ke arah kecemerlangan yang berterusan.
Semoga melalui usaha dan komitmen yang tinggi dari seluruh warga AKM, kita dapat terus memajukan diri serta memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan negara.
Sesi Perkongisan Ilmu bertajuk “Kesihatan Mental, Adakah Anda Perduli? ” telah diadakan pada 21 Januari 2025 secara hybrid dimana secara bersemuka telah diadakan di Dewan Aditorium IKP. Penceramah bagi Sesi Perkongsian Ilmu ini ialah YBrs. Dr. Naniyati binti Shuib, Ketua Penolong Pengarah daripada Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam. Perkongsian ini adalah untuk berkongsi ilmu mengenai cara-cara mengenal pasti tanda-tanda awal masalah kesihatan mental serta langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjaga kesejahteraan mental. Selain itu, Dr. Naniyati juga memberikan panduan praktikal tentang bagaimana mengatasi cabaran harian dan mengekalkan keseimbangan hidup yang sihat. Sesi ini merupakan salah satu platform untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan baharu pegawai dalam bidang tertentu dan diharapkan dapat dimanfaatkan oleh pegawai-pegawai lain melalui perbincangan dua hala. Selain itu, pameran dan saringan kesihatan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut dijemput. Pemeriksaan dan pengukuran tekanan darah telah dilakukan kepada para pengunjung yang terdiri daripada kakitangan AKM.
Seksyen Perkhidmatan Awam, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) Jabatan Imigresen Malaysia, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Siri 1/2025 pada 18 hingga 20 Januari 2025 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu, Pahang. Seramai 113 orang peserta iaitu 60 orang lelaki dan 53 orang perempuan yang terdiri daripada kakitangan dan penguatkuasa KP 1 dan KP2 telah menghadiri kursus ini. Selama 3 hari 2 malam, para peserta telah melalui Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI yang memberikan pendedahan berkenaan Pembinaan Negara Bangsa, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Malaysia MADANI. Para peserta telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang kursus ini dilaksanakan. Ucapan perasmian kursus telah disempurnakan oleh YBrs.Tuan Ibrahim bin Mohd Yusof, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia KLIA dan beliau meminta para peserta menjaga imej Jabatan serta menasihati peserta supaya sentiasa berintegriti dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara. Selain itu juga, beliau menzahirkan ribuan terima kasih kepada AKM kerana menjadikan Jabatan Imigresen Malaysia KLIA sebagai agensi penguatkuasa pertama mengadakan Kursus Malaysia MADANI. Turut serta bersama semasa sesi perasmian kursus adalah YBrs. En. Kamalifauzi bin Abdul Rashid, Pengurus Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu, Pahang, YBrs.Tuan Mohd Khairuddin bin Musliman, Timbalan Pengarah Imigresen (Pengurusan) dan YBrs. Tuan Ahmad Razib bin Annuari, Ketua Bahagian Integriti, Jabatan Imigresen Malaysia KLIA.
Kunjungan hormat daripada Akademi Kenegaraan Malaysia yang diketuai YBhg. Dato' Haji Roslan bin Hussin, kepada YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah berlangsung pada hari ini. Kunjuan hormat ini turut disertai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) En Roslan bin Mat Nong , Timbalan Ketua Pengarah (Latihan), En Sharir Zaman bin. Abdul Wahab dan Pengarah Bahagian Kepimpinan Negara En Zahed bin Saidin. Dalam kunjungan ini YBhg. Dato' KP AKM telah menjelaskan hala tuju baru AKM 2025 dan komitmen beliau untuk menyebarluaskan latihan Kenegaraan dan Malaysia MADANI dengan lebih giat berbanding tahun 2024. Pelbagai perancangan telah diatur dan akan dilaksanakan secepat mungkin bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan. YBhg. Tan Sri KSN juga turut menetapkan sasaran yang perlu dicapai oleh AKM menjelang tahun 2027. Diakhir kunjungan hormat, YBhg. KSN mengucapkan tahniah atas perlantikan YBhg. Dato' KP AKM sebagai Ketua Pengarah AKM yang baru. Beliau berharap pengalaman yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam menjalankan tugas kepada negara.
𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐊𝐞𝐩𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧𝐚𝐧 & 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐔𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢-𝐮𝐧𝐢𝐯𝐞𝐫𝐬𝐢𝐭𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 (𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌) 𝐁𝐢𝐥.𝟏 𝟐𝟎𝟐𝟓
17-19 Januari 2025 | Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan AKM menerusi Seksyen Institusi Pengajian, Bahagian Latihan Belia & Institusi Pendidikan telah hadir ke Mesyuarat MAKLUM Bil.1 2025 dalam merencana inisiatif rentas kementerian. Mesyuarat ini merupakan platform penting bagi merangka perjalanan gerak kerja dalam menyahut salah satu daripada 7 Fokus Utama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2025; 𝑷𝒆𝒏𝒚𝒆𝒅𝒊𝒂𝒂𝒏 𝑩𝒂𝒌𝒂𝒕 𝑻𝒆𝒓𝒃𝒂𝒊𝒌 𝑵𝒆𝒈𝒂𝒓𝒂, yang bakal digerakkan pada tahun ini melalui pelbagai bentuk modul kepimpinan & nilai kenegaraan yang diterapkan dalam kalangan mahasiswa. Justeru, AKM juga menjadi peneraju latihan kenegaraan menjadi salah satu rakan kolaboratif bagi sekretariat MAKLUM dalam membangunkan kepimpinan dan jati diri mahasiswa. AKM diwakili oleh En. Mohd Kamal, Ketua Seksyen Institusi Pengajian dan Cik Ekafarlina Saparuddin, Penolong Pengarah Bahagian Latihan Belia & Institusi Pendidikan. Semoga usaha besar dan sinergi ini mampu memperhebatkan mahasiswa kita dalam menjadi pelapis kepimpinan negara suatu hari kelak.
- YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah menerima kunjungan hormat daripada Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
- YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegraan Malaysia telah menerima kunjungan hormat dari Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA) ke Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri
- Majlis penyerahan surat arahan menjalankan tugas telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan Bin Hussin, Ketua Pengarah AKM
- Seksyen Badan Berkanun, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, mengadakan satu perbincangan kolaboratif bersama pihak CUEPACS Negeri Sembilan