Sekyen Tunas Belia, Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) bersama-sama rakan kolaborasi daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi sesi kunjungan hormat yang telah berlangsung pada 14 Januari 2025 di Pejabat JAKIM , Putrajaya. Kunjungan hormat pihak AKM diketuai oleh Mejar Bersekutu Asrizal Bin Mohamed Radzi , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Puan Fadzilah Binti Buni,Penolong Pengarah Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan pegawai-pegawai Seksyen Tunas Belia. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Jamila Binti Jamil, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Penyelaras Pendidikan, Bahagian Pendidikan JAKIM dan turut hadir bersama pegawai-pegawai kanan dari pihak JAKIM. Tujuan kunjungan hormat bersama JAKIM adalah untuk membincangkan dan merealisasikan inisiatif Malaysia Future Leader School (MFLS) 2025 serta memperkukuhkan lagi perlaksanaan program sedia ada. Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak saling bertukar pandangan, pendapat dan idea bagi mempertingkatkan lagi kerjasama terutamanya dalam aspek penyertaan peserta di kalangan pelajar sekolah agama yang ternyata memberi impak yang signifikan dalam kepimpinan diri mereka di peringkat yang lebih tinggi. Semoga kolaborasi ini dapat menjadi pemangkin dalam usaha untuk melaksanakan program dan inisiatif yang memberi manfaat kepada kumpulan sasaran dalam Program Malaysia Future Leader School (MFLS) 2025 dan akan meneruskan hubungan yang lebih erat di masa akan datang dalam usaha untuk melahirkan pemimpin pelajar yang berjaya.
Seksyen Institusi Pengajian, Bahagian Latihan Belia Dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia telah menganjurkan Program Transformasi Mahasiswa Ke Luar Negara (Diaspora Malaysia) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Meru, Selangor pada 10 hingga 13 Januari 2025. Penyertaan kali ini telah melibatkan seramai 81 orang pelajar tajaan JPA yang bakal melanjutkan pengajian ke German dan Jepun. Taklimat program telah disampaikan oleh Cik Ekafarlina binti Saparuddin, Penolong Pengarah Seksyen Institusi Pengajian merangkap Penyelaras Program bagi kursus pada kali ini. Kefahaman asas berkaitan ilmu kenegaraan melalui Perlembagaan Persekutuan & Rukun Negara menjadi bahan rujukan peserta bagi sesi latihan dalam kumpulan yang telah dikendalikan oleh pegawai latihan Akademi Kenegaraan Malaysia. Kursus 4 hari 3 malam ini juga memberikan pendedahan dalam aktiviti rekreasi luar seperti kembara hutan, perkhemahan dan aktiviti tali tinggi (abseiling). Secara keseluruhannya program ini telah berjalan dengan lancar dan turut mendapat maklumbalas yang positif daripada kalangan peserta. AKM mendoakan agar semua pelajar selamat berangkat ke luar negara dan dapat bertiwikrama di sana dengan beroleh kejayaan sebagai Duta Kecil Malaysia 

Mesyuarat Penyelarasan Perancangan Program bagi tahun 2025 telah diadakan pada 14 Januari 2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan Bin Hussin. Mesyuarat ini melibatkan pengarah-pengarah bahagian bagi menyelaras perjalanan dan koordinasi secara menyeluruh perancangan AKM bagi memastikan setiap bahagian lebih berfokus dan terarah fungsinya seiring dengan fungsi dan hala tuju AKM.
Bengkel dan Latihan Komunikasi Strategik kepada Komuniti MADANI telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Januari 2024 di Institut Kenegaraan Perdana, Kuala Lumpur. Program ini dianjurkan oleh Bahagian Domain Digital dan Media, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri. Program ini bertujuan untuk melatih serta meningkatkan pengetahuan dan kepakaran peserta dalam strategi minda berkaitan kenegaraan, teknik komunikasi strategik dan berkesan, serta pengurusan psikologi masyarakat melalui teknologi digital. Di samping itu, program ini menekankan kepentingan Malaysia MADANI dalam usaha membina negara bangsa yang berdaya maju dan harmoni. Seramai 100 peserta daripada pelbagai kementerian dan jabatan telah menyertai program ini. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pengarah AKM yang baharu, YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin, yang berkesempatan menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para peserta. Sebagai acara kemuncak, Ucaptama Khas bertajuk "Komuniti MADANI: Suatu Gelombang Rakyat" telah disampaikan oleh YB Tan Sri Dato’ (Dr) Johari bin Abdul, Yang Dipertua Dewan Rakyat. Program ini juga mendapat sokongan tenaga pakar daripada Centre for Information and Media Warfare Studies (CMIWS), Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, yang berkongsi pandangan dan kepakaran mereka untuk menjayakan objektif program.
Sekitar sesi clock in YBhg Dato' Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri.
Beliau memulakan tugas secara rasmi di AKM pada hari ini. Selamat datang dan selamat menjalankan tugas YBhg. Dato' Ketua Pengarah AKM.
- Selamat Datang kepada YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri
- Bengkel Perancangan Pelan Latihan Akademi AKM Tahun 2025 yang diadakan di M Resort Hotel, Kuala Lumpur pada 10 hingga 12 Januari 2025
- 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟓
- Perjumpaan YAB PM bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari dan Amanat Tahun Baharu 2025