Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Kunjungan hormat daripada YBrs. Tuan Ibrahim bin Mohd Yusof, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia KLIA ke Akademi Kenegaraan Malaysia

YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Tuan Ibrahim bin Mohd Yusof, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia KLIA.
Turut hadir daripada pihak Jabatan Imigresen Malaysia KLIA iaitu YBrs. Tuan Mohd Khairuddin bin Musliman, Timbalan Pengarah Imigresen (Pengurusan), YBrs. Tuan Ishak bin Md Rejab, Bahagian Integriti, YBrs. Tuan Khaleed Waleed bin Yahdi, Bahagian Korporat, YBrs. En. Masri bin Mail, Pejabat Pengarah dan Encik Muhammad Hazwan bin Azahari, Bahagian Korporat (Juru gambar). Bersama-sama dalam kunjungan hormat ini juga ialah YBrs. Kol. Bersekutu (PA) Tuan Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) AKM, dan pengarah-pengarah bahagian AKM. Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk bertukar-tukar pendapat dan melihat peluang kolaborasi termasuk penganjuran pelbagai program antara Jabatan Imigresen Malaysia KLIA dengan pihak AKM. Semoga kolaborasi strategik ini dapat menjadi pemangkin dalam usaha untuk melaksanakan program dan inisiatif yang memberi manfaat kepada kumpulan sasaran dalam melaksanakan Program Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI serta membangun Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berjaya.
 

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐅𝐔𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑𝐒 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 (𝐌𝐅𝐋𝐒) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐅𝐔𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑𝐒 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 (𝐌𝐅𝐋𝐒) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍, 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
 
Seksyen Tunas Belia, Bahagian Belia dan Institiusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan bagi persediaan Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) bagi tahun 2025 bersama-sama pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Mesyuarat ini diadakan bertempat di Bilik Perbincangan Unggul, AKM di Kompleks Kerajaan Parcel F, Putrajaya. Pihak Bahagian Pengurusan Sekolah Harian diwakili oleh YBrs. Tuan Haji Mohamad Aidil bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Sekolah Harian, KPM dan pihak AKM diwakili oleh YBrs. Lt. Kol. Bersekutu (PA) Khalid bin Mohamad Yosoff, Pengarah Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, AKM. Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Mejar Bersekutu Asrizal bin Mohamed Radzi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan dan Institusi Pendidikan AKM, Puan Fadzilah binti Buni Penolong Pengarah Kanan Bahagian Latihan dan Institusi Pendidikan AKM, Encik Mohammad Hafiz bin Kamal, Penolong Pengarah BPSH, KPM, dan pegawai dan penolong pegawai dari Seksyen Tunas Belia. Dalam mesyuarat ini jua dibincangkan aspek persediaan program MFLS bagi tahun 2025 serta memperkukuh lagi perlaksanaan program sedia ada. Dalam pertemuan ini, kedua-dua pihak saling bertukar pandangan dan idea bagi mempertingkatkan kerjasama tertutamanya dalam aspek penyertaan peserta di kalangan pelajar sekolah harian yang ternyata memberi impak yang signifikan dalam kepimpinan diri mereka di peringkat lebih tinggi. Mesyuarat ini berlangsung dengan penuh hormat dan mesra, dan kedua-dua pihak berjanji untuk meneruskan kerjasama yang lebih erat di masa akan datang.
 

Sesi pembentangan projek pembangunan Institut Kenegaraan Perdana dan Pusat Latihan Kenegaraan tahun 2025

Sesi pembentangan projek pembangunan Institut Kenegaraan Perdana dan Pusat Latihan Kenegaraan tahun 2025 telah berlangsung pada 11 Disember 2024 bertempat di Institut Kenegaraan Perdana, Kuala Lumpur. Majlis dirasmikan oleh YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, YBrs. Puan Puan Fazilah binti Mohammad Jamaludin, Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan, bersama-sama Puan Izzah binti Abdul Wahab, Penolong Setiausaha, Bahagian Pembangunan, Jabatan Perdana Menteri. Seramai 18 orang peserta terdiri daripada pengurus Pusat Latihan Kenegaraan dan Institut Kenegaraan Perdana telah hadir bagi menjayakan sesi pembentangan ini. YBrs. Kol. Bersekutu (PA) Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), AKM telah menyempurnakan sesi penutupan pembentangan projek pembangunan tahun 2025.
 

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐅𝐔𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑𝐒 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 (𝐌𝐅𝐋𝐒) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐑𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐅𝐔𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑𝐒 𝐒𝐂𝐇𝐎𝐎𝐋 (𝐌𝐅𝐋𝐒) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 (𝐌𝐀𝐑𝐀)
 
Sesi Kunjungan Hormat Seksyen Tunas Belia, Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri (AKM) ke Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA bertempat di Bangunan Busana Menara MARA, Kuala Lumpur.
Kunjungan hormat ini diketuai oleh YBrs. Mej. Bersekutu Asrizal bin Mohamed Radzi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, AKM dan disambut oleh Encik Azizan bin Ismail, Timbalan Pengarah (Unit Kokurikulum) Bahagian Pendidikan Menengah MARA. Tujuan utama kunjung hormat ini adalah memperkukuh lagi hubungan baik dan kerjasama antara AKM dan MARA yang telah lama terjalin terutama dalam pelaksanaan Program MFLS. Pelbagai perkara di bincangan dalam merangka program-program yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 antara AKM dan MARA bagi menyebarluaskan lagi elemen kepimpinan, kenegaraan, pembentukan watak dan jati diri, keusahawanan, kesukarelawanan, komunikasi dan pengantarabangsaan bagi golongan belia khususnya pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM). Turut hadir pegawai penyelaras MARA bagi program MFLS iaitu Encik Mohd Saiful Azwan Bin Mohd Shafii, Ketua Penolong Pengarah (Unit Kepimpinan) Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Encik Mohd Yuhanis bin Mohamad Yusof, Penolong Pengarah (Seksyen Tunas Belia) Bahagian Latihan Belia & Institusi Pendidikan AKM pegawai-pegawai MARA serta pegawai-pegawai dari Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, AKM.
 

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐓𝐀𝐓𝐀𝐊𝐄𝐋𝐎𝐋𝐀 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋.𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟒

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐆𝐀 𝐓𝐀𝐓𝐀𝐊𝐄𝐋𝐎𝐋𝐀 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋.𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟒
 
Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola Bil.2/2024 telah diadakan pada 11 Disember 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Perdana , Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya. Mesyuarat yang bermula jam 2.00 petang telah melibatkan semua ahli lembaga tatakelola yang dipengerusikan YAB Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di Pertua Dewan Rakyat dan YBhg. Datuk Mohd Dusuki bin Mokhtar Peguam Negara. Mesyuarat ini merupakan platform untuk ahli lembaga menetapkan halatuju, membincangkan isu dan penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dalam memantap dan memperkukuh agenda Kenegaraan serta pembinaan negara bangsa. YBhg. Datuk TPj Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM ) telah membentangkan Laporan Prestasi Pencapaian AKM bagi Tahun 2024 yang telah melibatkan seramai 179,392 orang peserta secara bersemuka, online atau kedua-duanya. Kumpulan Sasaran peserta terdiri daripada kepimpinan negara, eksekutif, belia dan institusi pendidikan, komuniti dan domain digital dan media. AKM jua telah melantik Pegawai Kenegaraan Kementerian. Kesemua pegawai yang dilantik ini berperanan sebagai ‘focal point’ dalam memastikan setiap pelaksanaan program kenegaraan di setiap kementerian lebih berstruktur dengan menerapkan latihan kenegaraan dan semangat patriotik dalam kalangan penjawat awam. Turut dibincang bersama-sama dalam mesyuarat ini Status pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 oleh Kementerian Pertahanan yang dibentangkan oleh YBhg. Mejar General Dato' Haji Ya'cob bin Haji Samiran, Ketua Pengarah Malaysia Institusi of Defence and Security (MiDAS). Semoga tahun 2025 AKM terus selari dengan misinya " Memperkasa latihan kenegaraan yang komprehensif ke arah pembinaan negara bangsa".