Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Peluncuran Hub Data Exchanged (HDX) 2024, anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)

Peluncuran Hub Data Exchanged (HDX) 2024, anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah berlangsung hari ini bertempat di Majlis Sukan Negara (MSN). Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) mewakili agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri telah menerima penghargaan 𝐇𝐃𝐗 𝐀𝐰𝐚𝐫𝐝𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟒 𝐊𝐚𝐭𝐞𝐠𝐨𝐫𝐢 𝐅𝐨𝐜𝐚𝐥 𝐄𝐱𝐜𝐞𝐥𝐥𝐞𝐧𝐭 𝐀𝐰𝐚𝐫𝐝(𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐃𝐚𝐬𝐡𝐛𝐨𝐚𝐫𝐝 𝐁𝐞𝐥𝐢𝐚) yang mana anugerah ini telah meletakkan bahawa Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri merupakan salah satu agensi yang menyumbang data penglibatan belia terbanyak dalam sistem Dashboard Belia atau sistem yang dikenali sebagai eMYInd. Tahniah kepada semua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang terlibat dan terutama kepada semua focal point di AKM👏🏻
 

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Sekretariat Kesatuan Sekerja dan Ekonomi GiG Malaysia telah berjaya melaksanakan Konvensyen Ekonomi Gig Malaysia MADANI pada 28 Oktober 2024

Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Sekretariat Kesatuan Sekerja dan Ekonomi GiG Malaysia telah berjaya melaksanakan Konvensyen Ekonomi Gig Malaysia MADANI pada 28 Oktober 2024 bertempat di Dewan Damar Sari, Blok F8, Presint 1, Putrajaya. Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah hadir menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penutup Konvensyen Ekonomi GIG Malaysia Madani ini. Turut hadir bersama-sama dalam menjayakan konvensyen ini ialah YB Dato' Sri Abdul Rahman bin Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin, Pengerusi Sekretariat Kesatuan Sekerja dan Ekonomi GiG Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Khairus Masnan bin Abdul Khalid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri, YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia. Seramai lebih 600 orang peserta dalam kalangan penggiat Gig ekonomi, pengusaha platform Gig, penggubal dasar, wakil kerajaan, sektor korporat, badan berkanun, belia dan lain-lain pihak yang berkaitan telah hadir menjayakan program konvensyen ini. Program konvensyen ini turut mendapat sokongan daripada barisan rakan strategik iaitu Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Kementerian Pengangkutan (MOT), Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Ekonomi, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Universiti Malaya (UM), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), MyDIGITAL Corporation, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Eagle Advisory Sdn Bhd, Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (PENGHANTAR), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) dan Grab Malaysia (GRAB). Objektif pelaksanaan konvensyen ini bertujuan bagi melihat perkembangan terkini industri GIG di Malaysia, di samping melihat jaminan masa depan untuk pekerja GIG termasuk polisi, perlindungan sosial disamping mengetahui peranan strategik Suruhanjaya Ekonomi GIG Malaysia (SEGIM) dalam memperkukuhkan ekonomi Gig di Malaysia. Melalui resolusi konvensyen yang disampaikan kepada YAB Timbalan Perdana Menteri diharap ia dapat membuka ruang kepada semua bagi menggalakkan ekonomi gig dan menyediakan keselamatan sosial dan inisiatif yang baik untuk pekerja gig di sektor ini serta merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi GIG Malaysia (SEGIM).
 

Sesi Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Bersekutu APM Bagi Pegawai Pengurusan Tertinggi Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah berlangsung pada 28 Oktober 2024 bertempat di Dewan Damar Sari, Blok F8, Putrajaya

Sesi Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Watikah Pegawai Bersekutu APM Bagi Pegawai Pengurusan Tertinggi Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah berlangsung pada 28 Oktober 2024 bertempat di Dewan Damar Sari, Blok F8, Putrajaya. Majlis ini merupakan anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri bersama-sama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah hadir menyempurnakan majlis tersebut. Turut hadir, YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, bersama-sama YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, YAS Datuk KPj. (PA) Aminurrahim bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta para penerima pangkat dan watikah Pegawai Bersekutu APM. Seramai 18 orang pegawai telah dilantik sebagai Pegawai Bersekutu APM yang terdiri daripada Pegawai Pengurusan Tertinggi AKM.
 

Bahagian Domain Digital dan Media, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, meneruskan lagi penganjuran Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI

Bahagian Domain Digital dan Media, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, meneruskan lagi penganjuran Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI. Pelaksanaan seminar yang melibatkan kerjasama CelcomDigi dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini telah berlangsung di Dewan Platinum Melati, Kolej Melati UiTM Shah Alam, Selangor, pada 25 Oktober 2024. Seramai lebih 1000 orang pelajar UiTM daripada pelbagai jurusan telah menghadiri seminar ini. Slot kenegaraan AKM dilaksanakan secara interaktif oleh pegawai-pegawai AKM dan mendapat maklum balas positif daripada para peserta. YBrs. Dr. Noor Dasrafeezal bin Abdul Shukur, Pengarah Bahagian Domain Digital dan Media, AKM turut hadir memberikan ulasan serta rumusan bagi slot kenegaraan yang telah dilaksanakan. Turut hadir semasa seminar tersebut ialah YBrs. Prof. Dr. Muhammad Hussain Ismail, Pengarah Pusat Jaringan Industri dan Kerajaan, Jabatan Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (ICAN), UiTM.
 

Sesi Pengumuman Logo Khusus Malaysia MADANI telah berlangsung pada 25 Oktober 2024 bertempat di Kementerian Komunikasi, Presint 4, Putrajaya anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri bersama-sama Kementerian Komunikasi Malaysia

Sesi Pengumuman Logo Khusus Malaysia MADANI telah berlangsung pada 25 Oktober 2024 bertempat di Kementerian Komunikasi, Presint 4, Putrajaya anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri bersama-sama Kementerian Komunikasi Malaysia. Yang Berhormat, Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil telah membuat pengumuman penggunaan logo khusus Malaysia MADANI berteraskan kepada 6 nilai teras iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri. Hasrat kerajaan agar pembudayaan Malaysia MADANI logo khusus ini dapat dizahirkan melalui anjuran kementerian, jabatan dan agensi mengikut padanan kesesuaian program dan aktiviti. Oleh yang demikian, pengumuman ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman dan menyebar luas penggunaan logo khusus Malaysia MADANI kepada rakyat Malaysia. Malaysia MADANI seharusnya tersemat dalam hati seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang. Penggunaan logo Malaysia MADANI yang berfungsi sebagai simbol kepada Malaysia MADANI itu sendiri perlu diperluas penggunaannya supaya Malaysia MADANI sentiasa tersemat dalam diri dan jiwa rakyat Malaysia.