Baru- baru ini Bahagian Domain Digital dan Media, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama ICAN UiTM telah berjaya menganjurkan Content Creator Digital Bootcamp (CCDB) 2024 dengan kehadiran 82 orang peserta dari UPM, UTHM dan UiTM. Program telah berlangsung pada 30 September hingga 4 Oktober 2024.
Program ini bertujuan mendidik pelajar-pelajar universiti menjadi eduinfluencer dan content creator yang bertanggungjawab, menyemai semangat patriotisme serta menggunakan media sosial sebagai platform usahawan digital dan penyebarluasan yang baik.
Sepanjang bootcamp ini berlangsung , para peserta telah didedahkan kepada 15 modul yang merangkumi:
-
5 modul penciptaan kandungan,

-
5 modul kenegaraan,

-
4 modul persiapan kerjaya

Program ini telah disokong oleh tenaga pengajar daripada AKM, UiTM dan industri iaitu Aisling, Talentbank serta Tik Toklah Media. Turut didatangkan khas adalah dua (2) pempengaruh terkenal iaitu Amin x Abid yang merupakan pemenang TikTok EduCreator Award 2024.
Content Creator Digital Bootcamp 2024 ini telah berjaya mencapai matlamatnya untuk melahirkan generasi pencipta kandungan yang bertanggungjawab dan berdaya saing. Semoga usaha seperti ini terus memberi manfaat besar kepada pelajar, industri, dan negara pada masa hadapan.
Perkongsian info Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu UA / UiTM. Slot Kenegaraan Malaysia MADANI di Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu yang telah berlangsung pada 8 Oktober 2024 (Selasa) telah dilaksanakan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Seramai 3,900 orang mahasiswa baharu telah diberikan pendedahan awal berkaitan AKM dan pengisian Kenegaraan Malaysia MADANI di UTeM. Penglibatan pegawai latihan bersama-sama pasukan dari Pusat Latihan Kenegaraan Alor Gajah, Melaka dalam memberikan pengisian yang telah direncanakan oleh Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, AKM.
Bahagian Latihan Eksekutif (BLE), Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah mengorak langkah dengan mengadakan perbincangan kolaboratif perancangan Program Kenegaraan Malaysia MADANI bagi takwim program AKM tahun 2025. Perbincangan ini adalah bersama-sama pegawai kanan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berlangsung pada 7 Oktober 2024 di Bilik Perbincangan Hormat, Aras 5, AKM . Pegawai kanan KWSP yang hadir ialah Encik Teoh Chin Yiap selaku Ketua Jabatan dan Pengarah EPF Learning Campus, Puan Juairiyah Osman, Head of Learning Business Partner & m.k. Head of Learning Infrastructure dan Encik Muhamad Hakim bin Nasir Deputy Manager, Learning Business Partner. Perbincangan berfokus kepada ruang dan peluang bagi pelaksanaan program kolaboratif bersama-sama pihak pengurusan dan kepimpinan serta warga kerja KWSP pada tahun akan datang. Terima kasih di ucapkan kepada pihak KWSP di atas kesudian hadir ke Akademi Kenegaraan Malaysia.
Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri melalui Bahagian Kawalan Kualiti telah melaksanakan Program Training of Trainers melibatkan penggerak Yayasan Madani bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan, Ulu Sepri, Negeri Sembilan pada 4 hingga 6 Oktober 2024.
Seramai 85 peserta telah berjaya melalui sesi modul latihan kenegaraan Malaysia Madani yang merangkumi Sejarah Kenegaraan, Kefahaman Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta Kerangka Malaysia MADANI. YBhg. Dato’ Ismail bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) telah menyampaikan ceramah Malaysia MADANI serta berdialog bersama-sama peserta manakala sesi majlis penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia. Selain pengisian kenegaraan, peserta turut didedahkan dengan maklumat kesukarelawan yang disampaikan oleh Leftenan Kolonel (PA)Lokman Hakim Bin Abdul Rahman dari Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan.
YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah menghadiri dan menyampaikan Slot Kenegaraan Malaysia MADANI di Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu yang telah berlangsung pada 3 Oktober 2024 bertempat di Universiti Utara Malaysia, Sintok Kedah. Ini merupakan Sesi Jelajah ke kampus Universiti Awam (UA) dan UiTM bagi Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu UA/UiTM oleh Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan. Slot ini juga dikendalikan oleh pegawai-pegawai AKM daripada ibu pejabat dan PLK Kulim, Kedah. Turut bersama-sama dalam program ini ialah YBrs. Prof. Dr. Ahmad Martadha Bin Mohamed, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (TNC HEPA). Seramai 4,195 pelajar baharu telah mengikuti slot kenegaraan ini termasuk slot interaktif kenegaraan yang mendapat sambutan yang menggalakkan.
- Bengkel Proof Reading Pelan Strategik Akademi Kenegaraan Malaysia (PSA) 2025-2029 pada 30 September hingga 3 Oktober 2024
- Jelajah Slot Kenegaraan Malaysia MADANI bagi 𝐌𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐎𝐫𝐢𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐔𝐀 / 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐙𝐨𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡, 𝐙𝐨𝐧 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤
- Jelajah Slot Kenegaraan Malaysia MADANI bagi 𝐌𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐎𝐫𝐢𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐔𝐀 / 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐙𝐨𝐧 𝐓𝐢𝐦𝐮𝐫
- Dato’ Ismail bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) AKM telah turun padang bersama-sama menjayakan Slot Kenegaraan Malaysia MADANI di Zon Utara