Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Jelajah ke kampus Universiti Awam (UA) dan UiTM telah masuk hari ketiga bagi Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu UA / UiTM. Slot Kenegaraan Malaysia MADANI di Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu

Jelajah ke kampus Universiti Awam (UA) dan UiTM telah masuk hari ketiga bagi Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu UA / UiTM. Slot Kenegaraan Malaysia MADANI di Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu yang telah berlangsung pada 1 Oktober 2024 (Selasa) telah dilaksanakan di UIAM, UiTM Kampus Tapah, UMS di Kota Kinabalu termasuk secara telesidang ke UMS (Labuan) dan UMS (Sandakan). Seramai 6,637 orang Mahasiswa Baharu telah diberikan pendedahan awal berkaitan AKM dan pengisian Kenegaraan Malaysia MADANI.
 

Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dan JAKIM Zon Sabah

Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang, dan Bahagian Latihan Eksekutif (BLE), Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah dan JAKIM Zon Sabah pada 30 September 2024. Seramai 290 orang peserta telah menghadiri seminar ini dengan jayanya sehingga selesai. Objektif seminar ini adalah untuk meningkatkan penghayatan belia institusi tinggi terhadap peranan dan tanggungjawab dalam pembinaan negara bangsa, meningkatkan kefahaman tentang dasar-dasar malaysia madani sebagai hala tuju negara serta menerapkan pengamalan 6 Rukun MADANI di kalangan belia institusi tinggi. Seminar ini memfokuskan tiga pengisian penting iaitu dimulakan dengan sesi Interaktif Kenegaraan yang disampaikan oleh YBhg. Datin Shonitah binti Terang, Pengurus Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang, AKM. Penutup bagi seminar ini telah dirasmikan oleh YBrs. Haji Sainuri Yahmin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM.
 

YBhg. Dato’ Ismail Bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) AKM telah ke Pusat Latihan Kenegaraan Balik Pulau, Pulau Pinang Bagi Tujuan Lawatan Kerja Rasmi

YBhg. Dato’ Ismail Bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) AKM telah ke Pusat Latihan Kenegaraan Balik Pulau, Pulau Pinang bagi tujuan lawatan kerja rasmi. Satu sesi pertemuan bersama-sama Pengurus PLK Balik Pulau, Encik Mohd Ashraf Bin Mohd Saini dan kakitangan PLK Balik Pulau telah diadakan bagi menyampaikan amanat dari Ketua Pengarah dan juga penyelarasan program akan datang.
 

Jelajah AKM ke Seluruh Kampus Bagi Universiti Awam Masuk Pada Hari Kedua Dalam Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu UA/ UiTM

Jelajah AKM ke seluruh kampus bagi universiti awam masuk pada hari kedua dalam 𝐌𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐎𝐫𝐢𝐞𝐧𝐭𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐔𝐀 / 𝐔𝐢𝐓𝐌.
Kali ini Slot Kenegaraan Malaysia MADANI di Minggu Orientasi Mahasiswa Baharu yang telah berlangsung pada 30 September 2024 (Isnin) telah dilaksanakan di UTHM (Pagoh) dan UNIMAS. Seramai 𝟑,𝟒𝟖𝟓 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐡𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 telah diberikan pendedahan awal berkaitan AKM dan pengisian Kenegaraan Malaysia MADANI.
 

Program Kursus Kenegaraan Malaysia Madani Agensi Penguatkuasaan (Keyakinan) Siri 3/2024

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐀𝐓𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀𝐀𝐍 (𝐊𝐄𝐘𝐀𝐊𝐈𝐍𝐀𝐍) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟒
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) melalui Pejabat Zon Tengah telah melaksanakan Program Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Agensi Penguatkuasaan (KEYAKINAN) Siri 3/2024 pada 24 hingga 26 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan. Kursus ini telah dihadiri seramai 112 orang peserta di kalangan pegawai pelaksana dengan gred jawatan 40 dan kebawah dari 8 agensi penguatkuasa iaitu Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Majlis Perasmian Penutup program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Khailani bin Ismail, Pengarah Pejabat Zon Tengah, AKM. Semoga pengisian kursus KEYAKINAN ini akan meningkatkan kefahaman dan kesedaran berkaitan Malaysia MADANI khususnya kepentingan integriti dikalangan penguatkuasa seterusnya meningkatkan keyakinan rakyat.