Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Rekod Kenderaan dan Pemanduan Berhemah melibatkan Pemandu Kenderaan Jabatan dan Pemandu Eksekutif Ibu Pejabat Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Institut Kenegaraan Perdana dan Pusat Latihan Kenegaraan pada 25 hingga 26 September 2024 bertempat di Institut Kenegaraan Perdana, Kuala Lumpur. Seramai 36 orang peserta telah menyertai dan mengikuti sepenuhnya ceramah yang disampaikan oleh Encik Asmawee bin Abd Wahab, Penolong Jurutera Mekanikal Kanan, Kementerian Kerja Raya Malaysia. Menerusi kursus ini, peserta diterapkan dengan nilai dan etiket pemanduan kenderaan yang berhemah dan berkesan. Terima kasih atas komitmen Pengurusan Tertinggi AKM yang sentiasa menitikberatkan tadbir urus baik dalam kalangan warga AKM.
Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Awal Konvensyen Ekonomi GIG Malaysia Madani 2024. Mesyuarat diadakan bertujuan bagi memberi penerangan serta berkongsi informasi berkaitan pengisian konvensyen yang dijadualkan bakal berlangsung pada 28 Oktober 2024, yang akan disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Mesyuarat penyelarasan ini telah dipengerusikan bersama oleh YBhg. Datuk TPj Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia dan YB Dato' Sri Hj Mohd Sharkar bin Haji Shamsudin selaku Pengerusi Sekretariat Komuniti Gig Malaysia (MyGIG). Mesyuarat turut dihadiri oleh wakil agensi kerajaan, badan berkanun, badan korporat serta badan bukan kerajaan yang terlibat di dalam ekonomi Gig ini. Antara wakil agensi yang hadir adalah daripada KESUMA, MARA, Perkeso, KWSP, Universiti Malaya, MDEC, MTUC, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Grab Malaysia, Persatuan Penghantar Malaysia, PPRPM, Sekretariat MyGIG serta Timbalan Ketua Pengarah Latihan dan barisan pengarah dan pegawai dari Akademi Kenegaraan Malaysia.
Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang dan Bahagian Latihan Belia (BLB), Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI (Seminar Mahasiswa) dengan kerjasama beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta di Sabah pada 23 September 2024. Seminar ini telah berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan seramai 4 buah IPTA/IPTS di Sabah. Antara IPTA/IPTS yang terlibat adalah Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS), Kampus Kudat, IPDAS kampus Keningau, Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS), dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). Penyertaan peserta bagi IPDAS kampus Kudat adalah seramai 212 orang, IPDAS kampus Keningau seramai 263 orang, dan KTYS Kota Kinabalu seramai 227 orang serta peserta dari UMS adalalah seramai 185 orang. Secara keseluruhannya, seminar ini berjaya menghimpunkan seramai 887 peserta. Seminar ini memfokuskan mahasiswa yang terdiri daripada MPP, mahasiswa dan mahasiswi di IPTA/IPTS Sabah. Objektif seminar ini adalah untuk meningkatkan penghayatan belia institusi tinggi terhadap peranan dan tanggungjawab dalam pembinaan negara bangsa, meningkatkan kefahaman tentang dasar-dasar malaysia madani sebagai hala tuju negara serta menerapkan pengamalan 6 rukun madani dikalangan belia institusi tinggi.
Seksyen Perkhidmatan Awam, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI - Penjawat Awam (Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sabah) pada 19 hingga 22 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang, Sabah. Seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai gred dari seluruh Negeri Sabah telah menghadiri kursus ini. Ceramah bertajuk Malaysia MADANI: Membina Negara Bangsa telah disampaikan oleh Puan Shonitah binti Terang, Pengurus Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang. Selama 4 hari 3 malam, para peserta telah melalui Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI yang memberikan pendedahan berkenaan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Malaysia MADANI. Mereka telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang kursus ini berlangsung. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Hadir sama Pengarah JPJ Negeri Sabah, Tuan Muhd Hariss bin Ali dan diiringi oleh Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat JPJ Malaysia, Tuan Haji Mohd Tarmizi bin Haji Abd Talib.
YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia telah menyampaikan Slot Kenegaraan, Malaysia MADANI: Bina Kota dan Bina Insan di Program Karisma Pemikir MADANI Siri 3 KPT. Program yang dianjurkan oleh Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi, AKEPT Kementerian Pendidikan Tinggi telah menjalinkan kerjasama bagi runding cara dan khidmat latihan kenegaraan bersama-sama Akademi Kenegaraan Malaysia. Semoga dengan kehadiran 80 orang pensyarah muda ini mampu memberikan impak dan kesan kepada persekitaran universiti yang lebih komprehensif dalam pembudayaan Nilai Teras Malaysia MADANI.
- Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia Madani (Penjawat Awam)
- Bahagian Domain Digital dan Media, telah melaksanakan Kursus Digital Malaysia MADANI
- Coretan Hari Terbuka Pustaka Bestari (PB)
- YBhg. Datuk TPj. Kehormat (PA) Haji Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia ( AKM) telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pegawai Kenegaraan Kementerian dan Jabatan Utama