Kursus Kenegaraan MADANI (Diaspora Malaysia) Majlis Amanah Rakyat (MARA) siri kali ini telah dilaksanakan pada 6-10 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Tanjung Rhu, Sepang, Selangor. Penyertaan kali ini melibatkan 106 pelajar tajaan MARA yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ke United Kingdom, Australia dan New Zealand. Kursus dimulakan dengan sesi taklimat program yang disampaikan oleh Cik Ekafarlina binti Saparuddin selaku Penyelaras Program. Sepanjang 5 hari berkursus, peserta telah melalui modul latihan kenegaraan bagi meningkatkan pemahaman berkaitan Pembinaan Negara Bangsa dalam kerangka Sejarah Negara, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Teras Malaysia MADANI. Selain sesi diskusi, peserta juga merasai pengalaman kembara hutan, perkemahan, aktiviti fizikal serta tali tinggi yang mana dapat memperkukuhkan nilai jati diri, daya tahan serta displin diri sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara nanti. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperolehi dalam program ini dapat memperkukuhkan semangat patriotik mahasiswa bakal pemimpin masa hadapan negara.
Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia Madani Badan Berkanun UiTM Adiwangsa pada 9 hingga 11 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri, Negeri Sembilan. Seramai 63 orang peserta yang terdiri daripada Kumpulan Professional dan Pelaksana UiTM daripada cawangan seluruh Malaysia menghadiri kursus 3 hari 2 malam ini. Pada kursus ini pelbagai aktiviti dan pengisian dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai pembinaan Negara Bangsa dalam konteks Malaysia MADANI berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Peserta telah memberikan komitmen yang baik sepanjang kursus berlangsung. Perkongsian Bicara Tokoh juga telah disampaikan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka. Penutup kursus telah disempurnakan oleh Y.Brs Profesor Dr. Amer Shakir Zainol Penolong Naib Canselor (Pemerkasaan Adiwangsa). Dalam ucapan penutupnya, menyatakan kursus seperti ini penting bagi memberi pemahaman yang mendalam berkaitan Perlembagaan Negara khususnya bagi mereka yang bekerja di Jabatan ini dan amnya sebagai Penjawat Awam Badan Berkanun yang merupakan akses kepada pendidikan serta antara kayu pengukur bagi sebuah negara maju.
𝐈𝐤𝐥𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐬𝐨𝐧𝐠 

Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri mempelawa Warganegara yang berkelayakan untuk memohon pengisian jawatan kosong bagi lantikan secara kontrak (Contract Of Service) seperti berikut:
𝐢. 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐆𝐫𝐞𝐝 𝐄𝟒𝟏
𝐢𝐢. 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐓𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫 (𝐏𝐞𝐫𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧/ 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢) 𝐆𝐫𝐞𝐝 𝐍𝟏𝟗
Kepada yang berminat sila lengkapkan maklumat diri dan memuatnaik 𝐬𝐨𝐟𝐭𝐜𝐨𝐩𝐲 𝐫𝐞𝐬𝐮𝐦𝐞, 𝐬𝐚𝐥𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐝 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐥𝐚𝐧, 𝐬𝐚𝐥𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐣𝐢𝐥-𝐬𝐢𝐣𝐢𝐥 𝐚𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤 (mengikut kelayakan jawatan) melalui link atau imbas Barcode QR Google Form yang disediakan seperti dalam iklan yang dilampirkan sebelum 𝟐𝟑 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧). 



Seksyen Korporat , Bahagian Latihan Eksekutif , Akademi Kenegaraan Malaysia meneruskan lagi sesi perbincangan kolaboratif bersama-sama Bursa Malaysia secara atas talian pada 10 September dan bersama-sama SIRIM pada 12 September 2024 di Ibu pejabat SIRIM di Shah Alam, Selangor. Kedua-dua perbincangan ini adalah bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan program-program Kenegaraan Malaysia MADANI yang bakal dilaksanakan bersama-sama pihak Bursa Malaysia dan SIRIM pada masa akan datang. Perbincangan bersama-sama kedua-dua agensi ini di mulakan dengan sesi pengenalan berkenaan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan disusuli perkongsian berkaitan program-program yang dilaksanakan di bawah Bahagian Latihan Eksekutif (BLE). Perbincangan kolaboratif ini diharap dapat membina satu jalinan strategik serta kerjasama yang akrab melalui pelaksanaan Program Kenegaraan Malaysia MADANI ( Korporat ) pada masa akan datang.
YBrs. Tuan Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Akademi Kenegaraan Malaysia telah menghadiri lawatan kerja di Institut Kenegaraan Perdana (IKP) pada 11 September 2024. Lawatan kerja ini bertujuan untuk membincangkan skop kerja dan pemantauan kerja-kerja penyelengaaraan RMK 12 di Institut Kenegaraan Perdana (IKP).
- Lawatan tapak di Lot JKR 803 serta menghadiri mesyuarat bersama wakil Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan mesyuarat bersama Jabatan Kerja Raya (JKR)
- Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, di bawah kelolaan Seksyen Institut Pengajian telah menganjurkan Program Kursus Kenegaraan Madani (Diaspora Malaysia) tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
- Majlis Penyerahan Projek bagi Tawaran Semula Kerja-Kerja Menaiktaraf Kem Wawasan Negara Langkawi
- Siri Jelajah Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI di 5 Kolej Matrikulasi masih diteruskan bagi Negeri Pahang (2), Kelantan, Wilayah Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan