Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI pada 6 hingga 8 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Lipis, Pahang. Seramai 58 orang peserta yang terdiri daripada Kumpulan Pelaksana Jabatan Peguam Negara daripada seluruh Malaysia menghadiri kursus 3 hari 2 malam ini. Pada kursus ini pelbagai aktiviti dan pengisian dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai pembinaan Negara Bangsa dalam konteks Malaysia MADANI berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Peserta telah memberikan komitmen yang baik sepanjang kursus berlangsung. Penutup kursus telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Suzana binti Atan, Peguam Cara Negara, Jabatan Peguam Negara. Turut hadir Pengarah Bahagian Pengurusan, Jabatan Peguam Negara En. Azizi bin Wahab dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Seksyen Pengurusan Sumber Manusia) Encik Mohd Zaini bin Zakaria.
Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI pada 6 hingga 9 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang Sabah. Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada Kumpulan Professional dan Pelaksana Perkeso daripada Zon Sabah menghadiri kursus 4 hari 3 malam ini. Pada kursus ini pelbagai aktiviti dan pengisian dijalankan bertujuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai pembinaan Negara Bangsa dalam konteks Malaysia MADANI berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Peserta telah memberikan komitmen yang baik sepanjang kursus berlangsung. Penutup kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hajah Wan Nor Shakila binti Abd Satar, Ketua Cawangan Latihan dan Pembangunan. Dalam ucapan penutupnya, beliau menyatakan kursus seperti ini penting bagi memberi pemahaman yang mendalam berkaitan Perlembagaan Negara khususnya bagi mereka yang bekerja di Jabatan ini dan amnya sebagai Penjawat Awam Badan Berkanun yang merupakan nadi kemajuan negara.
Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI pada 6 hingga 8 September 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri, Rembau, Negeri Sembilan. Kursus pada kali ini disertai oleh Kumpulan Pelaksana BHEUU seramai 61 orang. Para peserta telah melalui pelbagai aktiviti dan pengisian yang dapat meningkatkan pemahaman mengenai Malaysia MADANI dalam pembinaan Negara Bangsa. Kursus ini juga telah menyemarakkan lagi rasa cinta kepada negara melalui pendedahan mengenai sejarah pembentukan negara, Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan syabas atas komitmen yang jitu daripada semua peserta dan urus setia yang terlibat bagi menjayakan kursus kenegaraan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini. YBrs. Encik Rais bin Ayop, Pengarah Seksyen Pengurusan Sumber Manusia BHEUU telah hadir bagi menyempurnakan majlis penutup program ini.
Baru-baru ini, Bahagian Latihan Komuniti Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri telah mengadakan Seminar Kenegaraan Komuniti Kepimpinan Majlis Belia Felda (MBF) Wilayah Trolak yang bertempat di Dewan Besar MRSM Felda Ulul Albab Trolak, Perak yang melibatkan seramai 500 orang pelajar. Antara pengisian seminar yang dilaksanakan adalah Kuiz Interaktif Kenegaraan dan Slot Post Normal Time (PNT) yang telah dikendalikan oleh Encik Haslizar bin Rozally. Majlis perasmian seminar tersebut telah disempurkan oleh Pengarah Felda Wilayah Trolak iaitu Encik Shahariman bin Dolah Hassim.
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia (SSM), Bahagian Khidmat Pengurusan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah melaksanakan Kursus Pengenalan dan Asas kepada Penolong Pegawai Belia dan Sukan Gred S29 Lantikan Baharu pada 2 hingga 6 September 2024 bertempat di Institut Kenegaraan Perdana, Kuala Lumpur. Program selama 5 hari 4 malam ini telah disertai seramai 21 orang Penolong Pegawai Belia dan Sukan yang baharu dilantik berkuat kuasa pada 1 Ogos 2024 bagi mengisi kekosongan jawatan sedia ada.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Tpj. Kehormat (PA) Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri. Kursus pengenalan dan asas pegawai lantikan baharu ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga peserta dapat menggalas tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan bagi melaksanakan fungsi, misi dan visi Jabatan.
- Bahagian Latihan Eksekutif, AKM dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah berjaya melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) kepada Guru-Guru
- Bahagian Latihan Eksekutif, AKM telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI pada 5 September 2024 bertempat di INTAN
- Sesi kunjungan hormat dan perbincangan daripada Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP)
- Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI : MAYC Wilayah Persekutuan