𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐏𝐃𝐑𝐌)
𝟕 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Bahagian Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah melaksanakan Seminar Kenegaraaan Malaysia MADANI : Kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertempat di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur.
Program merupakan antara siri program yang melibatkan pegawai-pegawai polis di seluruh negara yang didedahkan dengan informasi dan pengetahuan tentang kenegaraan serta dasar-dasar kerajaan semasa khasnya berkaitan Malaysia MADANI.
Program ini diserikan dengan kehadiran Yang Dihormati DIG Dato’ Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara yang telah menyempurnakan Majlis Penutup Seminar ini.
Turut bersama menyampaikan ucapan dalam program ini ialah YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah AKM.
Program ini adalah lanjutan daripada perancangan yang telah dibuat di antara AKM dan PDRM bagi meningkatkan semangat patriotisme pegawai dan anggota PDRM agar mereka melaksanakan tugas dengan berdedikasi demi agama, bangsa dan negara.
Program ini juga akan dilaksanakan di setiap kontinjen negeri yang dijangka pelaksanaannya bermula April sehingga Ogos 2025.
𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐌𝐑𝐒𝐌 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔
𝟕 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 | 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Penganjuran seminar ini bertujuan untuk memperkukuh nilai sahsiah, aspek kenegaraan dan kepimpinan dalam kalangan pelajar selaras dengan prinsip dan nilai teras Malaysia MADANI. Antara pengisian utama termasuk Sesi Pengenalan AKM oleh Cik Sharifah Nurfarahin. Sesi ice breaking yang dikendalikan oleh En. Yazeed, manakala sesi perkongsian Ikon Anak Muda, menampilkan Saudara Mohamad Zairul bin Zainal selaku ikon belia, telah berjaya menarik minat dan semangat semua yang hadir.
Sesi seterusnya telah disampaikan oleh En. Darwis bin Dawing, Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Sabah dengan tajuk Membina Generasi MADANI.
Majlis telah disempurnakan dengan ucapan perasmian dan penutup yang disampaikan oleh En. Abdullah Shuhaimi bin Roslan selaku Timbalan Pengarah Pembangunan Bakat MRSM KK. Dalam ucapan beliau, pelajar harus mengambil semua ilmu yang telah diberikan dan mengukuhkan lagi jati diri sebagai pelajar seterusnya sebagai rakyat Malaysia.
Seterusnya, sesi penyampaian cenderahati daripada AKM Negeri Sabah kepada pihak MRSM Kota Kinabalu dan turut dibalas dengan penyampaian sijil penghargaan oleh MRSM KK kepada AKM Negeri Sabah sebagai tanda kenang-kenangan.
Pelaksanaan seminar ini sangat berkesan serta memberi impak positif dalam konsep kepimpinan belia dan kenegaraan serta kefahaman berkaitan Malaysia MADANI.
𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐀𝐍𝐔𝐍) - 𝐂𝐔𝐄𝐏𝐀𝐂𝐒 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐄𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍
𝟔 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 | 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐏𝐢𝐥𝐚𝐡
Bahagian Korporat (Badan Berkanun) telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI bersama CUEPACS Negeri Sembilan bertempat di Dewan Dato’ Bahaman Shamsudin, Majlis Daerah Kuala Pilah.
Seminar ini telah dihadiri seramai 519 orang yang terdiri daripada kakitangan (Penjawat Awam) dari Daerah Kuala Pilah . Seminar ini didahului dengan taklimat oleh penyelaras program Puan Nurhafiza binti Mohammad Fadzil berkaitan pengenalan Akademi Kenegaraan Malaysia. Seterusnya, seminar yang diadakan ini bermatlamat untuk memperkasakan pengetahuan berkenaan dengan kenegaraan dan Malaysia MADANI melalui pengisian Interaktif Kenegaraan dan 6 Nilai Teras Malaysia Madani yang dikendalikan oleh Encik Mohd Aizal bin Halam Shah dan Encik Norzilam bin Mohamed.
Majlis Perasmian Seminar ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj. Adnan Bin Abu Hassan, Ahli Parlimen Kuala Pilah. Turut hadir, Encik Azman Shah, Timbalan Presiden II CUEPACS Malaysia, Encik Mohd Khailani Ismail, Pengarah Bahagian Korporat Akademi Kenegaraan Malaysia, Dr Zuraidah Mohamed, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan dan Cikgu Abd Ghani Zainuddin,Pengerusi CUEPACS Negeri Sembilan.
Terima kasih kepada pihak CUEPACS Negeri Sembilan di atas kolaborasi ini. Semoga kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.
𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍) - 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐑𝐎𝐌𝐏𝐈𝐍
𝟎𝟔 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 | 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, Negeri Pahang melalui Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah Rompin telah melaksanakan Seminar Kepimpinan Malaysia Madani (Institusi Pendidikan) - Anak Pahang Daerah Rompin di Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu, Pahang.
Seminar ini telah disertai oleh Pelajar Sekolah Menengah dari 18 buah Sekolah Menengah dari Daerah Rompin. Turut menghadiri seminar ini ialah guru-guru pengiring dari sekolah terlibat.
Seminar ini didahului dengan taklimat berkaitan pengenalan Akademi Kenegaraan Malaysia dan sesi ceramah bertajuk Malaysia MADANI : Membina Negara Bangsa yang disampaikan oleh Encik Mohd Khairul Azhar Bin Awam, Penolong Pengarah AKM Negeri Pahang. Seterusnya Sesi Interaktif Kenegaraan dan Penetapan Minda telah dikendalikan oleh Encik Suhaimi bin Salleh, Penolong Pegawai Belia dan Sukan AKM Negeri Pahang.
Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberikan input Malaysia MADANI kepada peserta melalui kaedah perkongsian peranan AKM serta sesi interaktif kenegaraan yang menekankan tentang sejarah serta konsep Malaysia Madani.
Seminar sebegini wajar diteruskan bagi memperkukuhkan hubungan antara AKM dan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang serta memperluaskan kefahaman konsep kenegaraan serta konsep Malaysia Madani di kalangan pelajar sekolah
𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐏𝐑𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈) 𝐒𝐌𝐊 𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐑𝐈 𝐉𝐀𝐀𝐅𝐀𝐑 𝐀𝐋𝐁𝐀𝐑
𝟔 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 | 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫
Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI telah diadakan di Dewan SMK Tan Sri Jaafar Albar, Kota Tinggi anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Johor.
Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan pembentukan pemimpin pelajar yang berwawasan dan berintegriti dengan berlandaskan teras MADANI.
Taklimat seminar disampaikan oleh Puan Fatmawati binti Mohd Munir dan sesi Interaktif Kenegaraan di sampaikan oleh Encik Mohd Jamil bin Samyon.
Dengan tema membina kepimpinan berteraskan nilai murni, seminar ini menjadi platform penting dalam membentuk pemimpin masa hadapan yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Kerjasama antara peserta dan pegawai dalam program ini merupakan sebahagian daripada usaha untuk merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI, yang mengutamakan keseimbangan antara pencapaian akademik dan pembentukan karakter serta sosial yang kukuh.
Melalui program seperti ini, diharapkan dapat melahirkan individu yang berdaya kepimpinan tinggi dan mampu membawa perubahan positif kepada negara.