Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Bengkel Peningkatan Profesionalisme : Training of Trainers (TOT) Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI - Penjawat Awam (Politeknik)

Institut Kenegaraan Perdana, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri telah menyaksikan seramai 70 peserta dari Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi terdiri daripada Pegawai Hal Ehwal Pelajar dan Pegawai Psikologi dari 36 buah Politeknik seluruh Malaysia telah berjaya mengikuti Bengkel Peningkatan Profesionalisme : Training of Trainers (TOT) Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI - Penjawat Awam (Politeknik) yang berlangsung pada 26 hingga 28 Ogos 2024.
Kursus 3 hari 2 malam ini bertujuan untuk memberi pendedahan Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI kepada peserta dengan memberi penekanan kepada Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan 6 nilai teras Malaysia MADANI. Perkongsian dan mandat yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah AKM dalam Sesi Bersama-sama Ketua Pengarah AKM telah memberi inspirasi dan membuka minda peserta yang bakal menjadi sebahagian daripada keluarga AKM. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Muhammad Farihan Irfan bin Mohd Nor, Pegawai Khas kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi.
 

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani (Korporat)

Seksyen Korporat Bahagian Latihan Eksekutif , Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri meneruskan lagi sesi Seminar Kenegaraan Malaysia Madani (Korporat) dan kali ini peserta terdiri dalam kalangan wargakerja TV AlHijrah. Seminar yang melibatkan 200 orang peserta ini telah dirasmikan oleh Pengerusi TV Al Hijrah, YBrs. Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron. Turut serta di dalam seminar ini Ketua Pegawai Eksekutif TV Al Hijrah YBrs. Tuan Hj. Namanzee Harris dan pengurusan tertinggi TV Al Hijrah. Peserta amat teruja mengikuti pengisian sepanjang seminar itu yang dimulakan dengan Sesi Interaktif Salam Malaysia Madani yang dikendalikan oleh Encik Ahmad Shukri bin Adnan dan Encik Haslizar Bin Rozally. Seterusnya Bicara Eksekutif dan Majlis Penutup Seminar telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ismail Bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan)Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri. Seminar ini juga dilihat berupaya menyemarakkan lagi semangat untuk menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2024 nanti. Terima kasih warga TV Al Hijrah di atas penyertaan yang amat memberangsangkan.
 

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀

𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐒𝐫𝐢 𝐒𝐡𝐚𝐦𝐬𝐮𝐥 𝐀𝐳𝐫𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐮 𝐁𝐚𝐤𝐚𝐫 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 (𝐊𝐒𝐍) telah hadir menyempurnakan 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐌𝐀 yang berlangsung hari ini bertempat di Dewan Serbaguna, aras 3, Setia Perdana 1, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya. Seramai 𝟓𝟖 orang pegawai daripada kementerian dan jabatan utama telah menerima sijil perlantikan sebagai 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧. Mereka ini akan akan menjadi penghubung antara kementerian/agensi dengan AKM dalam menyelaras aktiviti atau 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦-𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 di Kementerian atau agensi masing-masing.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Azizi Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri. KSU-KSU Kementerian, SUB-SUB kementerian serta YBhg. Datuk Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah AKM. Menerusi langkah proaktif ini diharapkan usaha untuk meningkatkan kefahaman dan kerjasama rakyat khususnya penjawat awam dalam usaha ke arah 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚 dapat dilaksanakan dengan jayanya.
 

Sekalung tahniah kepada 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐏𝐣. 𝐊𝐞𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 (𝐏𝐀) 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐇𝐚𝐬𝐰𝐚𝐧𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝, 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐊𝐌

Seluruh Warga Kerja Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri mengucapkan sekalung tahniah kepada 𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐏𝐣. 𝐊𝐞𝐡𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭 (𝐏𝐀) 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐌𝐨𝐡𝐝 𝐇𝐚𝐬𝐰𝐚𝐧𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝, 𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐀𝐊𝐌 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐣𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚 (𝐃.𝐏.𝐒.𝐌) sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Tuan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tahun 2024.
 

Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Akademi Kenegaraan Malaysia pada pada 23.8.2024 jam 8.45 pagi di Lobi F10, Kompleks F

YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Akademi Kenegaraan Malaysia pada pada 23.8.2024 jam 8.45 pagi di Lobi F10, Kompleks F. Seramai 100 orang warga AKM telah bersama-sama hadir memeriahkan majlis. Majlis Pelancaran ini juga turut disertai oleh warga kerja di Institut Kenegaraan Perdana dan Pusat Latihan Kenegaraan seluruh negara secara langsung dari dalam talian.