Rangkuman lensa
di Reruai AKM sempena Program Mengenang Negarawan Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj Negarawan Sejuta Jasa pada 5 Ogos 2024 bertempat di Piazza, Pavillion Bukit Jalil anjuran Arkib Negara Malaysia

Terima kepada semua pengunjung yang hadir ke Reruai AKM. 

YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri telah menerima kunjung hormat daripada Unit Integriti, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Jamil bin Mohd Dahalan, Ketua Unit Integriti, JPM pada 6 Ogos 2024. Turut hadir bersama-sama sesi kunjung hormat ini ialah Encik Wan Mohd Norulzaman bin Mohd Noor dan Encik Muhamad Haidir bin Zainuddin yang merupakan Pegawai Integriti JPM. Menerusi pertemuan ini beberapa perkara telah dibincangkan dan dipersetujui khususnya dalam meluaskan peluang kolaborasi yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua pihak. Semoga jalinan kerjasama strategik ini akan berterusan bukan sahaja dalam pelaksanaan program yang bermanfaat, malah juga dari aspek advokasi berkaitan pembudayaan integriti terutamanya kepada warga AKM dan JPM serta masyarakat amnya.
Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Ogos 2024 telah berlangsung pada semalam bertempat di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI. YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, dalam ucapannya beliau menzahirkan rasa penghargaan kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan tidak lama lagi. YAB Perdana Menteri turut menyeru agar seluruh penjawat awam akan terus meningkatkan kecekapan dan membaiki kelemahan menuju ke arah yang lebih baik. Turut hadir ialah YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YB Tuan M. Kulasegaran a/l V. Murugeson, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), dan YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
YBrs. Tuan Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah turun padang ke Sesi Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) ke Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) Kundasang sempena Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Projek Kerja-kerja Penyelenggaraan dan Pembaikan di Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang. Di samping itu, turut diadakan pemeriksaan awalan bersama-sama Syarikat Air Sabah bagi Cadangan Kerja Naiktaraf Sistem Bekalan Air Terawat di PLK Kundasang. Sesi ini melibatkan beberapa orang wakil daripada Pengurus PLK Kundasang dan Syarikat Air Sabah, Negeri Sabah.
Bahagian Latihan Eksekutif (BLE), Akademi Kenegaraan Malaysia dengan kerjasama Polis Di Raja Malaysia telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) kepada seramai 80 orang pegawai dan anggota PDRM Negeri Sarawak. Program telah dijalankan di Pusat Latihan Kenegaraan Sampadi, Sarawak pada 29 Julai 2024 hingga 1 Ogos 2024. Ucaptama program turut diserikan dengan ucapan daripada YDH SAC Tuan Mohd Taufik Toh bin Abdullah (Ketua Cawangan Khas Sarawak). Majlis Penutup program telah diserikan dengan kehadiran dan ucapan daripada Tuan DCP Zainuddin bin Hj.Ahmad (Ketua Penolong Pengarah Bahagian E2, Bukit Aman). Manakala penutup program telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad (Ketua Pengarah AKM). Sepanjang program berlangsung peserta memberikan komitmen yang baik di setiap pengisian yang diatur dan turut serta secara aktif di dalam memberikan ulasan di setiap pengisian modul program yang dikendalikan oleh barisan fasilitator AKM.
- Perbincangan pelaksanaan program AKM dan MiDAS yang memerlukan kerjasama di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. AKM akan mengadakan 142 siri Seminar Kenegaraan Pendidik kepada guru
- Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) kepada seramai 60 orang pegawai dan kakitangan SPA bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Kenas, Perak
- Program Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Agensi Penguatkuasaan (KEYAKINAN) Siri 1/2024 pada 29 hingga 31 Julai 2024
- Bahagian Latihan Eksekutif (BLE), dengan kerjasama Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam)