Bahagian Latihan Komuniti Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri telah mengadakan Kursus Latihan Kenegaraan Komuniti Kepimpinan Malaysia MADANI pada 27 hingga 28 Julai 2024 bertempat di Institut Kenegaraan Perdana, Kuala Lumpur. Program ini melibatkan seramai 51 orang peserta daripada Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPPK) Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam. Objektif kursus ini adalah bagi meningkatkan pemahaman mengenai Malaysia MADANI, memupuk pengamalan nilai-nilai MADANI dalam kepimpinan komuniti dan meningkatkan profesionalisme dalam kalangan kepimpinan komuniti. Antara lain pengisian program adalah sesi lawatan rasmi ke Kediaman Rasmi YAB Perdana Menteri yang turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ismail bin Yusop, TKP(L) AKM. Dikesempatan tersebut YAB Perdana Menteri sempat menyantuni para peserta yang hadir.
Unit Integriti, Bahagian Khidmat Pengurusan, AKM telah melaksanakan Program Jelajah Integriti Siri 3 (Zon Tengah) yang melibatkan penglibatan Pengarah dan wakil bahagian di Ibu Pejabat, Pengurus serta warga IKP/ PLK di peringkat Zon Tengah yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Institut Kenegaraan Perdana, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan usaha pemantapan akauntabiliti tatakelola dan tadbir urus dalam pengurusan jabatan. Program ini juga bertujuan menambah baik kompetensi berkaitan pengamalan nilai- nilai integriti yang baik dalam kalangan warga Akademi Kenegaraan Malaysia. YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah AKM turut berkesempatan hadir meluangkan masa bersama-sama peserta disamping menyampaikan amanat berkaitan dengan pengisian program. Majlis Penutup program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), AKM.
Hampir 200 orang peserta daripada MMC Group of Companies (MMC) telah berjaya menjalani Kursus Kenegaraan Malaysia Madani (Korporat) di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri A dan B. Peserta kali ini merupakan dalam kalangan pegawai dan eksekutif muda daripada 13 buah anak syarikat di bawah MMC Group seluruh Malaysia. Mereka terdiri daripada MMC Corporation Berhad HQ, Gas Malaysia Berhad, Malakoff Corporation Berhad, Port of Tanjung Pelepas (PTP), Johor Port Berhad, Penang Port Sdn Bhd, Northport (Malaysia) Bhd, Kontena Nasional Berhad, MMC Engineering Sdn Bhd, Alam Flora Sdn Bhd, Aliran Ihsan Resources Berhad, MMC Oil & Gas Engineering Sdn Bhd dan Senai Airport Terminal Services. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ismail Bin Yusop, Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri. Selama 3 hari 2 malam ini para peserta telah diberikan pendedahan berkaitan Kenegaraan, Rukun Negara, Perlembagaan dan Malaysia MADANI berteraskan modul latihan kenegaraan Malaysia MADANI yang telah disusun atur. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Ainul Raihan Ahmad selaku Head, Group Human Resources & Administration MMC. Terima kasih buat seluruh warga kerja MMC Group of Companies yang telah memberikan komitmen padu serta kerjasama yang cukup energetik sepanjang program ini berlangsung.
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah mengadakan mesyuarat bersama-sama agensi di bawah Kementerian Komunikasi Malaysia. Antara tujuan mesyuarat adalah membincangkan kerjasama AKM dengan Kementerian Komunikasi dalam mempromosikan pembudayaan logo khusus Malaysia MADANI. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk YBhg. Datuk Mohamad Fauzi bin Md Isa, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi. Hadir sama dalam mesyuarat adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, YBrs. Encik Nik Kamaruzaman Nik Husin serta Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Pejabat Menteri Komunikasi, dan dari Bahagian Komunikasi Strategik dan Korporat (KS). Manakala AKM diketuai oleh Ketua Pengarah AKM, YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad. Turut hadir adalah pengarah-pengarah bahagian AKM dan beberapa orang pegawai AKM. Semoga segala hasil perbincangan dan gerak kerja dalam mesyuarat ini akan mempermudah segala urusan dalam pembudayaan logo khusus Malaysia MADANI.
Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis AKRAB Kebangsaan mengadakan Sesi Kunjungan Hormat ke Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM). Antara tujuan sesi ini adalah untuk jalinan kolaboratif melalui pelaksanaan beberapa sesi program Latihan kenegaraan Malaysia MADANI anjuran AKM. YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah AKM mempengerusikan perbincangan tersebut dan persetujuan telah dicapai dengan mengadakan sesi program kepada pegawai Psikologi, JPA dan ahli AKRAB seluruh negara. Antara program yang dicadangkan adalah Aspirasi AKRAB MADANI, beberapa sesi TOT Latihan Kenegaraan untuk melahirkan Tutor Kenegaraan dan Seminar Malaysia MADANI di setiap zon. Terima kasih diucapkan kepada Bahagian Pengurusan Psikologi dan Majlis AKRAB Kebangsaan diketuai oleh YBrs. Dr. Abdul Jalil bin Hassan iaitu Pengarah, Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA dan turut hadir bersama YBrs. Dr. Linda binti Jamaludin, YBrs. Dr. Ahmad Badaruddin bin Abdullah, Encik Muhammad Faeez bin Zakaria, Puan Manisah binti Saedon iaitu Setiausaha Majlis Akrab Kebangsaan, dan Puan Norashikin binti Imaludden di atas kerjasama dan kolaboratif yang bermakna ini.
- Bengkel Perbincangan Meja Bulat bertajuk “Perjanjian Malaysia 1963: Ke Arah Pembinaan Negara Bangsa”
- Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Institusi Pendidikan (UTeM)
- Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI (Korporat) bersama-sama 200 orang Pegawai, Eksekutif Muda, dan Wargakerja Telekom Malaysia Berhad (TM)
- Slot Permukiman Komuniti MADANI dengan tajuk "Komuniti MADANI Pemangkin Malaysia Progresif."