Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah mengadakan sesi perbincangan bersama Majlis AKRAB Malaysia bagi tujuan menjalinkan kerjasama strategik sebagai usaha untuk bersama-sama menyebarluaskan ilmu kenegaraan serta konsep Malaysia MADANI melalui program berbentuk seminar dan kursus melibatkan ahli-ahli AKRAB.
Kerjasama ini penting untuk memastikan ahli-ahli AKRAB yang merupakan anggota perkhidmatan awam, badan berkanun serta GLC dapat memahami secara jelas hala tuju dasar kerajaan semasa serta meningkatkan sumbangan sebagai barisan hadapan dalam hal ehwal pembinaan negara bangsa.
Perbincangan tersebut dipengerusikan oleh Pengerusi Majlis AKRAB Kebangsaan, YBrs. Tuan Afendi Bin Ya @ Zakaria. Hadir mewakili pihak AKM antaranya ialah YBrs. Encik Mohd Nor Arshad bin Kamaruzzaman, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kawalan Kualiti dan YBrs. Puan Zainariah binti Hassan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perancangan Strategik.
Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia telah mengadakan diskusi kolaboratif bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) di Cheras bagi perancangan pelaksanaan Program Kenegaraan Malaysia Madani akan datang.
Perbincangan ini berfokus kepada pelaksanaan Kursus dan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani dalam kalangan pegawai kanan, eksekutif muda dan warga DBKL dalam usaha menyebarluaskan lagi kefahaman berkaitan kenegaraan kepada warga kerja DBKL.
Di dalam sesi perbincangan tersebut juga beberapa program telah dicadangkan untuk tujuan kolaboratif DBKL dan AKM Sempena Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024.
Terima kasih diucapkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di atas jalinan kerjasama dan kolaboratif yang cukup bermakna ini.
Seksyen Korporat, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia hari ini telah mengadakan diskusi kolaboratif bersama-sama Petronas Leadership Centre (PLC) di Bangi bagi perancangan pelaksanaan Program Kenegaraan Malaysia Madani akan datang.
Perbincangan ini berfokus kepada pelaksanaan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani dalam kalangan pegawai kanan, eksekutif muda dan warga Petronas dalam usaha menyebarluaskan lagi kefahaman berkaitan kenegaraan kepada warga korporat.
Di dalam sesi perbincangan tersebut juga beberapa cadangan dan input balas dikemukakan oleh team Petronas Leadership Centre bagi tujuan kolaboratif bersama-sama program Fellow Leadership mereka.
Usai perbincangan tersebut, pihak AKM di bawa melawat fasiliti dan kemudahan canggih dan terkini yang terdapat di Petronas Leadership Centre.
Terima kasih di ucapkan kepada Petronas Leadership Centre di atas jalinan kerjasama dan kolaboratif yang cukup bermakna ini.
YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah AKM telah hadir untuk menyempurnakan Sesi Perasmian Penutup Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Pengukuhan Organisasi bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU).
Kursus anjuran Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia telah berlangsung pada 12 hingga 14 Julai 2024 bertempat di PLK Ulu Sepri, Negeri Sembilan.
Seramai 73 orang pegawai kakitangan termasuk Pengurusan Tertinggi dan Profesional dari BHEUU, Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) dan Jabatan Bantuan Guaman (JBG). Turut bersama-sama mengikuti kursus ini YBrs. Tuan Zambri bin Misnan (Ketua Pengarah BHEUU), YBhg. Dato' Norazmi bin Mohd Narawi (Ketua Pengarah JBG) dan YBrs. Tuan M. Bakri bin Abd. Majid (Ketua Pengarah MdI).
Secara keseluruhannya, kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan berkenaan sejarah kenegaraan, perlembagaan persekutuan dan Rukun Negara. Sekaligus memperkukuhkan organisasi dan kompetensi pelaksana dasar, terutama dalam konteks peranan dan tanggungjawab dalam membina negara bangsa.
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐀𝐊𝐌) 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐆𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐒 𝐒𝐀𝐑𝐀 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 (𝐊𝐏𝐃𝐍)
Yang Berhormat (YB) Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh, Timbalan Menteri KPDN menggariskan langkah-langkah penambahbaikan jangka panjang Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI. YB Timbalan Menteri KPDN juga telah mencadangkan beberapa inisiatif bagi menambahbaik outcome jangka masa panjang dalam pelaksanaan modul kenegaraan ini.
Sesi kunjungan hormat ini bertujuan berkongsi idea dan memberi sumbang saran bagi meningkatkan lagi keberkesanan program latihan kenegaraan Malaysia MADANI yang dianjurkan oleh AKM. Pertemuan ini adalah langkah proaktif yang diambil oleh YBrs Tuan Haji Mohd Haswandi bin Ahmad, Ketua Pengarah AKM, bagi memastikan modul AKM yang dihasilkan sentiasa berlandaskan keperluan semasa.
Turut hadir dalam sesi kunjungan hormat ini adalah Encik Zahed bin Saidin, Pengarah Bahagian Kepimpinan Negara, Encik Khalid bin Mohamad Yosoff Pengarah Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan dan beberapa orang pegawai AKM.
- Bahagian Latihan Komuniti, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Gabungan PERSADA Kebangsaan telah menganjurkan Karnival Komuniti FELDA
- Pembudayaan Malaysia MADANI melalui logo bagi setiap program anjuran kementerian dan lagu Darah Satria sebagai lagu rasmi Program Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI
- Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Training Of Trainers Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI-Pegawai AKM
- 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐙𝐎𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑)