Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Kursus Latihan Komuniti Kepimpinan Persada Zon Utara

Seksyen Peneroka, Bahagian Latihan Komuniti, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Permuafakatan Siswa-Siswi FELDA (Persada) Zon Utara telah mengadakan Kursus Latihan Komuniti Kepimpinan Persada Zon Utara pada 28 hingga 30 Jun 2024 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Kenas, Perak.
 
Program yang dilaksanakan ini telah dihadiri oleh peserta komuniti warga PERSADA FELDA yang terdiri daripada Les’ Copaque Animation Academy (LCAA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Asia Pacific University (APU).
 
Objektif seminar ini adalah untuk meningkatkan pemahaman mengenai Malaysia MADANI, memupuk pengamalan nilai-nilai MADANI serta meningkatkan nilai jati diri dalam kalangan kepimpinan komuniti terutamanya kepada warga FELDA.
 

Kursus Peningkatan Profesionalisme : Pensijilan Pemeriksa Peralatan Keselamatan (PPE Inspector)

Bahagian Kawalan Kualiti telah melaksanakan Kursus Peningkatan Profesionalisme : Pensijilan Pemeriksa Peralatan Keselamatan (PPE Inspector) pada 26 dan 27 Jun 2024 bertempat di TDRM Training Centre, Bandar Sri Damansara.
 
Bengkel ini dilaksanakan bagi mewujudkan pegawai AKM yang mempunyai kompetensi sebagai pemeriksa dan pemverifikasi peralatan perlindungan peribadi (PPE) tali tinggi di Pusat Latihan Kenegaraan.
 
Seramai 10 orang Pegawai Latihan daripada Ibu Pejabat dan Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) AKM yang terpilih telah menghadiri program ini dan telah menerima pensijilan sebagai PPE Inspector bagi tempoh 3 tahun (2024-2027) yang disahkan oleh Kong Italy.

Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri

Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Julai 2024 telah berlangsung pada pagi ini bertempat di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI.
 
YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) bersama-sama Warga AKM dengan penuh bersemangat bersama-sama menghadiri majlis tersebut bagi mendengar amanat daripada YAB Perdana Menteri.
 
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, dalam ucapannya mengupas beberapa intipati antaranya beliau memberi jaminan bagi kuota matrikulasi untuk Bumiputera dikekalkan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal melanjutkan pengajian dan sistem meritokrasi perlu dikekalkan, kesaksamaan dan keadilan juga menjadi moto Kerajaan.
 
Turut hadir ialah YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, YBhg. Datuk Awang Alik bin Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Majlis Peluncuran Modul Kenegaraan Malaysia MADANI

Putrajaya, 5 Jun 2024 - YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Modul Kenegaraan Malaysia MADANI pada hari ini bertempat di Dewan Seri Siantan, Perbadanan Putrajaya.

Selaras hasrat Perdana Manteri untuk meningkatkan ilmu kenegaraan dan mengukuhkan semangat patriotik dalam kalangan warga Malaysia, Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI telah berjaya dibangunkan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan juga rakan kolaboratif strategik AKM.
 
Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI diolah dengan mengambil kira pelbagai aspek dan disesuaikan dengan agenda dan matlamat gagasan MADANI. Kaedah pelaksanaan modul yang telah diperkenalkan menggabungkan kaedah konvesional dan pendigitalan supaya menarik minat pelbagai pihak khususnya golongan muda.
 
Turut hadir memeriahkan majlis adalah Jemaah Menteri, KSN, KPPA, KSU, dan Ketua-ketua Jabatan kerajaan, sektor swasta, badan bukan kerajaan.
Seramai 2,000 hadirin telah hadir terdiri daripada pelbagai kumpulan sasaran seperti Kepimpinan Negara, Penjawat Awam, Badan Beruniform, Sektor Swasta, NGO, Badan Berkanun, Pelajar Sekolah, Mahasiswa, Institut Kemahiran Belia, Komuniti (bandar, desa dan peneroka) dan komuniti Domain Digital serta Media.
 
Dengan adanya Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI yang pertama dibangunkan sekali gus menjadi penanda aras, rujukan dan panduan dalam pelaksanaan program latihan kenegaraan kepada semua kumpulan sasar terlibat. Menerusi Program Latihan Kenegaraan ini juga diharapkan ia dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang patriotik serta progresif dalam usaha meneruskan agenda pembinaan negara bangsa.

Seminar Kenegaraan Malaysia Madani UEM Group

Kuala Lumpur, 31 Mei 2024 - Seksyen Korporat, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia Madani (Korporat) bersama-sama barisan eksekutif dan wargakerja UEM Group Berhad pada 31 Mei 2024 bertempat di Odessey Hall, Mercu UEM KL.

Program ini disertai bersama oleh beberapa agensi di bawah UEM Group Berhad iaitu First Impact Sdn Bhd, Yayasan UEM, UEM Construction Sdn Bhd, UEM Lestra Berhad, Infrared Advanced Technologies Sdn Bhd, Konsortium ProHawk Sdn Bhd dan Cenergi SEA Berhad.
 
Tuan Ainul Azam Abdul Rahman, selaku Ketua Bahagian Sumber Manusia UEM Group Berhad telah mewakili syarikat bersama-sama di dalam sesi seminar.
 
Majlis penutupan seminar telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Haswandi Bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia.
 
Program telah mendapat sambutan yang amat baik daripada peserta dan mereka terlibat secara aktif di dalam semua pengisian program secara interaktif. Terima kasih diucapkan kepada UEM Group Berhad di atas kerjasama yang amat baik ini.