𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐌) 𝐈𝐋𝐊𝐊𝐌 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐁𝐔𝐋𝐎𝐇
𝟏𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 | 𝐈𝐋𝐊 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚, 𝐒𝐠. 𝐁𝐮𝐥𝐨𝐡
Akademi Kenegaraan Malaysia, Negeri Selangor, Pejabat Perdana Menteri, melalui Pusat Latihan Kenegaraan Meru telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI Penjawat Awam, Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh, Selangor.
Program ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Ahmad Shukri bin Haji Adnan, AKM Negeri Selangor, YBrs. Tuan Wong Kim Han@Robert, Pengarah ILKKM Sg.Buloh, Encik Zulfadli bin Abdul Majid, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelatih ILKKM Sg. Buloh, Cik Nurfaeishah binti Mohd Khalid, Setiausaha Kokurikulum ILKKM Sg. Buloh, Encik Mohammad Amirul Aizat bin Mohd Asri, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pelatih (PKP) ILKKM Sg Buloh, serta para peserta dalam kalangan pelatih-pelatih ILKKM Sg. Buloh.
Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan, perkongsian input Malaysia MADANI dan perasmian program oleh Pengarah AKM Negeri Selangor. Program diteruskan dengan sesi interaktif kenegaraan yang dikendalikan oleh barisan penolong pegawai AKM dan diakhiri dengan agihan juadah berbuka puasa kepada para peserta program.
Program ini mendapat sambutan yang cukup ceria dalam kalangan para peserta. Program ini juga berupaya memberikan impak yang positif ke arah pemahaman kepada nilai teras Malaysia MADANI dan juga intipati Kenegaraan dalam kalangan pelatih-pelatih ILKKM Sg. Buloh.
𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐔𝐊𝐇𝐖𝐀𝐇 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐇𝐀𝐍 : 𝐑𝐄𝐋𝐀 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐊𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐑
𝟏𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐒𝐚𝐲𝐨𝐧𝐠 𝐋𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia Daerah Kuala Kangsar telah menganjurkan Seminar Ukhwah MADANI Ramadan bertempat di Dewan Terbuka Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak.
Seramai 200 orang peserta yang terdiri daripada anggota RELA Daerah Kuala Kangsar telah menghadiri program ini.
Seminar ini didahului dengan pengisian pengenalan dan peranan AKM yang disampaikan oleh Encik Brendon Anderson anak Joseph, Penolong Pegawai Belia dan Sukan. Seterusnya, diikuti dengan ucapan ringkas daripada Pengarah AKM Negeri Perak iaitu, YBrs. Tuan Haslizar bin Rozally.
Turut hadir bersama dalam seminar ini juga iaitu PpR Mohd Anislan bin Abdullah, Pegawai RELA Daerah Kuala Kangsar, diiringi PPpKR Che Mohd Norazlan bin Che Mat, Penolong Pegawai RELA Daerah Kuala Kangsar.
Semoga melalui seminar ini, kerjasama antara pihak AKM Negeri Perak dengan pihak Jabatan Sukarelawan Malaysia Daerah Kuala Kangsar dapat diteruskan pada program yang akan datang.
𝐔𝐊𝐇𝐔𝐖𝐀𝐇 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 – 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐉𝐀𝐒𝐈𝐍
𝟏𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐉𝐚𝐬𝐢𝐧
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Melaka, Pejabat Perdana Menteri melalui Pusat Latihan Kenegaraan Alor Gajah telah melaksanakan Ukhuwah Ramadhan-Malaysia MADANI: Kolej Komuniti Jasin bertempat di Dewan Kolej Komuniti Jasin.
Program ini telah berlangsung secara bersemuka dan dihadiri seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar Kolej Komuniti Jasin. Sesi perkongsian ceramah telah dilaksanakan oleh Encik Mohd Ghazali bin Mohd Yusop, Sahabat Penggerak MADANI dalam pendedahan berkaitan nilai teras MADANI yang menjadi dasar pembinaan negara Malaysia.
Program ini juga telah disempurnakan oleh Encik Norsaiful Irwan Shah bin Alias, Penolong Pengarah, AKM Negeri Melaka.
𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀, 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐏𝐈𝐀𝐓𝐔
𝟏𝟐 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐒𝐌 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐏𝐢𝐚𝐭𝐮
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Melaka, Pejabat Perdana Menteri melalui Pusat Latihan Kenegaraan Alor Gajah telah melaksanakan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI : Sekolah Menengah Teknik, Bukit Piatu bertempat di Dewan Wawasan, SM Teknik Bukit Piatu.
Seramai 550 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 SM Teknik Bukit Piatu telah menghadiri seminar ini.
Sesi interaktif dan ceramah Membina Negara Bangsa telah dilaksanakan oleh Encik Najib Aliff bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan. Ia memberi pendedahan berkaitan 6 nilai teras MADANI yang menjadi dasar pembinaan negara di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri.
Matlamat utama seminar kenegaraan ini adalah untuk meningkatkan lagi kefahaman peserta mengenai ilmu kenegaraan dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan peserta.
Turut hadir dan memberi ucapan serta semangat kepada para peserta ialah Puan Chan Pek Ling @ Elda, Pengetua Sekolah Menengah Teknik Melaka, Bukit Piatu.
Secara keseluruhannya, seminar ini telah berlangsung dengan lancar dan mendapat maklum balas yang positif dari kalangan peserta.
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐀
𝟐𝟖 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 - 𝟏 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 - 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 | 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Program Kepimpinan Pengurusan Tertinggi Universiti Malaya telah berlangsung dari 28 Februari hingga 1 Mac 2025. Program ini merupakan program Kerjasama antara Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Malaya selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI bagi memperkasakan ilmu kenegaraan dan patriotisme.
Antara objektif program adalah untuk menyebarluaskan kegahaman dan penghayatan falsafah MADANI serta nilai-nilai kebangsaan dalam kalangan warga Universiti Malaya.
Majlis Perasmian program telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. YAB Datuk Seri turut membuat pelancaran berkaitan dengan garis panduan kampus inklusif OKU UM (UM-InOKU).
Manakala YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abd. Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi telah mengisi sesi Dialog besama Pemimpin dalam Program Karisma Pemikir MADANI Kepimpinan UM dan juga sesi "Inspirasi Keilmuan, Mendaya Upaya Cendekia".
Sesi bersama YB Tan Sri Dato’ (Dr.) Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat membawa tajuk ‘Kenegaraan Malaysia MADANI’.
YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Haji Hussin, Ketua Pengarah AKM, mengupas tajuk Malaysia MADANI Faham Kenegaraan.
Pengisian lain adalah Perkongsian Profesional oleh YBhg. Tan Sri Abdul Wahid bin Omar berbicara mengenai Kepimpinan tanpa sempadan dan YBhg. Laksamana (B) Tan Sri Ahmad Kamaruzzaman berbicara mengenai Mendepani Cabaran Teknologi.
Seramai 200 orang peserta terdiri daripada Kepimpinan Tertinggi Universiti Malaya (UM) telah hadir menyertai program ini. Semoga jaringan kerjasama strategik antara AKM dengan institusi pendidikan tinggi di Malaysia akan diperkukuhkan bagi memberi manfaat dalam kecemerlangan pembinaan negara bangsa.
- MAJLIS PELETAKKAN LOGO SINGGAH MADANI DI RANGKAIAN RESTORAN NASI KANDAR PUTRAJAYA
- PROGRAM SENTUHAN KASIH MADANI PERKASA PENGAMAL MEDIA SEBAGAI PEMANGKIN PENYEBARAN MAKLUMAT
- SESI TEMUBUAL BERSAMA TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENGURUSAN), AKADEMI KENEGARAAN MALAYSIA (AKM) DI KONTI RADIO NASIONAL FM
- KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI (MAHASISWA NEGARA) ZON TENGAH 2025