Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : MAHASISWA USM SIRI 2

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐔𝐒𝐌 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐
𝟐𝟓-𝟐𝟕 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 - 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮
Telah berlangsungnya Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM). Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI ini telah dihadiri seramai 98 orang mahasiswa daripada pelajar tahun satu dari pelbagai pusat pengajian di USM. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Pendaftar Kanan BHEPA, Universiti Sains Malaysia, Yang Berusaha Encik Shukeri Bin A. Rahaman
KURSUS KENGARAAN MALAYSIA MADANI ini bertujuan untuk memperkukuhkan pemahaman peserta mengenai konsep Malaysia MADANI sebagai landasan pembangunan negara yang inklusif, progresif, dan berteraskan nilai moral. Pelbagai aktiviti outdoor dijalankan. Selain itu, pendekatan Pasca-Normal ditekankan dalam kursus ini dengan penerangan berkaitan 4 S (Speed, Scale, Scope, Simultaneity) yang memberi kesan kepada 3 C (Complexity, Chaos, Contradiction). Pendekatan ini selaras dengan usaha membina masyarakat yang harmoni serta menjunjung prinsip kenegaraan.
Peserta memberi maklum balas positif dimana kursus ini memberi manfaat dan perlu diteruskan pada masa akan datang.
 

KUNJUNGAN HORMAT AKM KEPADA TIMBALAN PERDANA MENTERI

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑
𝟐𝟔 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 | 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐏𝐚𝐫𝐥𝐢𝐦𝐞𝐧
YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri & Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air.
Kunjungan ini bertujuan mendapatkan pandangan dan panduan YAB TPM kepada AKM untuk memacu agenda Malaysia Madani dalam kerangka membina kefahaman bernegara. Di samping itu, perbincangan menfokuskan berkenaan AKM dalam usaha untuk membuat kolaborasi program-program kenegaraan dalam konteks Malaysia MADANI.
Turut hadir, YBrs. Puan Zainariah binti Hassan, Pengarah Unit Komunikasi Strategik, AKM dan pegawai-pegawai dari ibu pejabat AKM.
 

SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : MAHASISWA KOLEJ KETENGAH

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐄𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇
𝟐𝟔 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐀𝐮𝐝𝐢𝐭𝐨𝐫𝐢𝐮𝐦 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐧𝐠𝐚𝐡
Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri Negeri Terengganu telah menjalankan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI: Mahasiswa Kolej Ketengah bertempat di Dewan Auditorium Kolej Ketengah.
Program ini melibatkan mahasiswa/mahasiswi Kolej Ketengah, Dungun, Terengganu telah dirasmikan oleh Puan Nur Zalikha binti Kamarul Zamri, Ketua Bahagian Operasi dan Pentadbiran, Kolej Ketengah.
Encik Mohd Zuhairi bin Mohd Kamal, Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, Negeri Terengganu telah menyampaikan perkongsian bertajuk Membina Negara Bangsa dan seterusnya menyusul sesi Interaktif bagi mengisi ruang slot yang berikutnya.
Seminar ini mendapat maklumbalas yang baik daripada peserta-peserta dan dicadangkan agar seminar ini menjadi satu platform kepada mahasiswa/i di IPTA dan IPTS yang lain untuk berkarya dalam membina negara bangsa.
 

SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) SIK

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐈𝐍𝐒𝐓𝐈𝐓𝐔𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀 (𝐈𝐊𝐌) 𝐒𝐈𝐊
𝟐𝟒 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 | 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐬𝐚𝐫, 𝐈𝐊𝐌 𝐒𝐢𝐤
Seminar kenegaraan Malaysia Madani telah dianjurkan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Kedah bersama 230 orang pelajar dan kakitangan dari IKM Sik.
Seminar ini telah menekankan modul dan perkongsian berkaitan misi dan visi Malaysia Madani dan menambahkan ilmu pengetahuan tentang kenegaraan terhadap pelajar dan kakitangan IKM.
Program ini menjadi langkah penting dalam memastikan pelajar-pelajar di Malaysia, terutama generasi muda, dilengkapi dengan kemahiran kepimpinan yang berterusan. Dengan kerjasama antara pegawai dan pelajar, program ini bertujuan untuk merealisasikan visi Malaysia MADANI yang menekankan keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan pembangunan nilai moral serta sosial yang kukuh. Melalui pembentukan pemimpin yang memiliki daya kepimpinan tinggi, diharapkan negara dapat terus berkembang dengan integriti dan kecemerlangan dalam semua aspek.
 

SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : KOLEJ KEDA SIK

𝐒𝐄𝐌𝐈𝐍𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐊𝐎𝐋𝐄𝐉 𝐊𝐄𝐃𝐀 𝐒𝐈𝐊
𝟐𝟒 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 | 𝐃𝐞𝐰𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐝𝐢 𝐆𝐞𝐦𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠, 𝐊𝐨𝐥𝐞𝐣 𝐊𝐞𝐝𝐚
Seminar kenegaraan Malaysia Madani telah dianjurkan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Kedah bersama 230 orang pelajar dan kakitangan dari Kolej KEDA Sik.
Seminar yang telah melibatkan pelajar dan kakitangan Kolej Keda ini merupakan usaha yang diambil dalam mempersiapkan belia TVET ini dalam memahami tentang visi dan misi Malaysia Madani.
Program ini menjadi langkah penting dalam memastikan pelajar-pelajar di Malaysia, terutama generasi muda, dilengkapi dengan kemahiran kepimpinan yang berterusan. Dengan kerjasama antara pegawai dan pelajar, program ini bertujuan untuk merealisasikan visi Malaysia MADANI yang menekankan keseimbangan antara kecemerlangan akademik dan pembangunan nilai moral serta sosial yang kukuh. Melalui pembentukan pemimpin yang memiliki daya kepimpinan tinggi, diharapkan negara dapat terus berkembang dengan integriti dan kecemerlangan dalam semua aspek.