Logo Akademi Kenegaraan Malaysia
Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI TUNAS BELIA : TINGKATAN 6 DAERAH TEMERLOH, PAHANG

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 : 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝟔 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐎𝐇, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝟐𝟑 - 𝟐𝟓 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐀𝐡𝐚𝐝 - 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐫𝐚𝐧
Pusat Latihan Kenegaraan Maran, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Tunas Belia : Tingkatan 6 daerah Temerloh, Pahang pada 23 hingga 25 Februari 2025 di Pusat Latihan Kenegaraan Maran, Pahang.
Kursus ini telah dihadiri seramai 120 orang Pelajar Tingkatan 6 SMK Temerloh, Pahang. Objektif kursus ini adalah untuk memperkasa pelaksanaan Program Latihan Kenegaraan kepada kumpulan sasaran belia bagi tahun 2025 selain menyelaras pelaksanaan program diperingkat negeri.
Yang Berusaha, Tn. Hj. Mohd Affendey b Mohd Saad Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh turut hadir bagi merasmikan majlis. Turut hadir Encik Jaafar bin Hussein Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Menengah dan Tingkatan 6) Sektor Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh dan Tuan Haji Mohd Subhi bin Kemi, Pengetua SMK Temerloh.
Semoga penganjuran kursus ini akan menjadikan pelaksanaan program latihan kenegaraan bagi belia mencapai objektif khususnya dalam usaha meningkatkan kefahaman dan penyebarluasan berkaitan Malaysia MADANI dalam kalangan belia diseluruh negara.
 

BENGKEL PEMURNIAN WACANA MADANI

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐑𝐍𝐈𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
𝟐𝟑 – 𝟐𝟓 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐀𝐡𝐚𝐝 - 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 | 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐭 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐝𝐚𝐧𝐚
YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, telah hadir ke Bengkel Pemurnian Wacana MADANI anjuran Unit Komunikasi Strategik AKM, Pejabat Perdana Menteri. Bengkel yang diadakan pada 23 hingga 25 Februari 2025 di Institut Kenegaraan Perdana, Kuala Lumpur ini adalah untuk pemurnian dan membukukan hasil perbincangan Wacana Pemikiran Madani yang telah dilaksanakan pada 12 hingga 14 Februari 2025.
Bengkel dihadiri seramai 50 orang pegawai, terdiri daripada Pengarah-pengarah Bahagian AKM, Pengarah-pengarah AKM Negeri dan pegawai-pegawai kanan AKM serta Penggerak MADANI, yang diketuai oleh YBhg. Datuk Amin bin Senin, Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan.
YBrs. Tuan Roslan Mat Nong Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AKM telah hadir disepanjang bengkel dan telah memberikan panduan kepada peserta berkaitan arah tuju serta panduan kepada penulisan buku yang akan di hasilkan.
Semoga hasil usaha semua peserta, dan jawatankuasa dalam menghasilkan penulisan buku ini akan dapat mencapai hasrat AKM.
 

KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI : SM SIRI 1

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 : 𝐒𝐌 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏
𝟐𝟑-𝟐𝟓 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐀𝐡𝐚𝐝 - 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮
Telah berlangsungnya program Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM). Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI ini telah dihadiri seramai 100 orang mahasiswa daripada pelajar tahun satu dari pelbagai sekolah pengajian di USM.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, YBhg. Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed.
Kursus ini bertujuan untuk memperkukuh pemahaman peserta mengenai konsep Malaysia MADANI sebagai landasan pembangunan negara yang inklusif,progresif, dan berteraskan nilai moral. Selain itu, pendekatan Pasca-Normal ditekankan dalam kursus ini dengan penerangan berkaitan 4S (Speed, Scale, Scope, Simultaneity) yang memberi kesan kepada 3 C (Complexity, Chaos, Contradiction). Pendekatan ini selaras dengan usaha membina masyarakat yang harmoni serta menjunjung prinsip kenegaraan.
Peserta memberi maklum balas positif dimana kursus ini memberi manfaat dan perlu diteruskan pada masa akan datang.
 

KURSUS KENEGARAAN MALAYSIA MADANI (TVET): POLITEKNIK MUADZAM SHAH

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐓𝐕𝐄𝐓): 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊 𝐌𝐔𝐀𝐃𝐙𝐀𝐌 𝐒𝐇𝐀𝐇
𝟏𝟕-𝟏𝟗 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 - 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠
Pusat Latihan Kenegaraan Maran, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, melalui Seksyen Belia dan TVet telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (TVET): Politeknik Muadzam Shah pada 17 hingga 19 Februari 2025 di Pusat Latihan Kenegaraan Maran, Pahang.
Kursus ini telah dihadiri seramai 57 orang Pelajar dari Politeknik Muadzam Shah, Pahang yang terdiri daripada 27 orang peserta lelaki dan 30 orang peserta perempuan.
Objektif kursus ini adalah untuk memperkasa kefahaman tentang konsep Malaysia MADANI kepada kumpulan sasaran Belia selain meningkatkan kesedaran tentang prinsip-prinsip kenegaraan.
Semoga penganjuran kursus ini akan mencapai objektif khususnya dalam usaha meningkatkan kefahaman dan penyebarluasan berkaitan Malaysia MADANI dalam kalangan belia diseluruh negara.
 

NEGARAKU MADANI KOMUNITI BANDAR: KOMUNITI BELIA PERMATANG RAWA

𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐊𝐔 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 : 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐀𝐖𝐀
𝟐𝟐 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 | 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠
Telah berlangsungnya Program Negaraku MADANI Komuniti Bandar anjuran , Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Komuniti Belia Permatang Rawa. Program Negaraku MADANI ini telah dihadiri seramai 300 orang belia daripada komuniti Belia Permatang Rawa.Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Pulau Pinang,Encik Khairul Fadzreen bin Khairruddin.
Program Negaraku MADANI ini bertujuan untuk menyebarluas pengetahuan berkenaan 6 teras Malaysia MADANI, dasar kerajaan semasa serta memperkukuhkan nilai kesejateraan,hormat dan perpadaun di kalangan belia seterusnya komuniti bagi usaha kearah pembinaan negara bangsa sebagai hala tuju negara.