𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 (𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐀𝐖𝐀𝐌)
𝟏𝟕-𝟐𝟎 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧-𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐔𝐥𝐮 𝐒𝐞𝐩𝐫𝐢
Seksyen Perkhidmatan Awam, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (PENJAWAT AWAM) AKRAB Zon Tengah pada 17 hingga 20 Februari 2025 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri, Negeri Sembilan.
Seramai 82 orang peserta yang terdiri daripada ahli AKRAB di pelbagai kementerian dan jabatan telah menghadiri kursus ini. YBrs. Encik Mohd Affendi bin Ya @ Zakaria, Presiden Majlis AKRAB Kebangsaan turut menjadi peserta pada siri kali ini.
Program ini merupakan kolaborasi antara Akademi Kenegaraan Malaysia bersama-sama Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam yang akan dilaksanakan sebanyak 10 siri.
Pengisian kursus ini turut melibatkan slot daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam, PACU dan Jabatan Penerangan.
Selama 4 hari 3 malam, para peserta telah melalui Modul Latihan Kenegaraan Malaysia MADANI yang memberikan pendedahan berkenaan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Malaysia MADANI. Para peserta telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang kursus ini berlangsung.
Selain daripada itu para peserta turut didedahkan dengan pelbagai maklumat daripada PACU dan Jabatan Penerangan.
Majlis Peluncuran Program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Shaiful bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi). Turut hadir di majlis tersebut adalah YBrs. Tuan Shahrir Zaman bin Abd Wahab, Pengarah Bahagian Latihan Eksekutif yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Profesional), Akademi Kenegaraan Malaysia mewakili Ketua Pengarah AKM. Beliau telah menyampaikan ucapan aluan semasa majlis tersebut.
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐖𝐈𝐋𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐔𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐋𝐀𝐁𝐔𝐀𝐍
𝟏𝟒 – 𝟏𝟔 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 - 𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐧𝐝𝐚𝐬𝐚𝐧𝐠, 𝐒𝐚𝐛𝐚𝐡
Akademi Kenegaraan Malaysia Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Majlis Belia Labuan (MBL) telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia Madani Komuniti Belia Wilayah Persekutuan Labuan pada 14 Hingga 16 Februari 2025 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang, Sabah.
Kursus selama 3 hari 2 malam ini melibatkan peserta dari kalangan belia berorganisasi di Wilayah Persekutuan Labuan. Para peserta telah didedahkan dengan modul latihan Kenegaraan Malaysia Madani yang menekankan Pembinaan Negara Bangsa, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Malaysia MADANI.
Peserta juga dinilai memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat baik sepanjang kursus ini
dilaksanakan.
Berdasarkan penilaian peserta, kursus ini telah memberikan impak positif dan jalinan kerjasama yang baik di antara semua pihak yang terlibat.
Turut bersama dalam program ini ialah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛-𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗞𝗠 𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝟭 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝟭𝟵 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗥𝗮𝗯𝘂 | 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗶𝗻𝗮𝗯𝗮𝗹𝘂
Bahagian Khidmat Pengurusan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah melaksanakan mesyuarat Pengarah-Pengarah AKM Bilangan 1 Tahun 2025.
YBhg. Datuk Dr Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri hadir di sepanjang program. Hadir bersama ialah YBrs. Encik Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, Pengarah-pengarah Bahagian AKM, Pengarah-pengarah Negeri dan pegawai-pegawai kanan AKM.
Penganjuran program yang dilaksanakan di Kota Kinabalu, Sabah ini bertujuan memperkukuhkan pelaksanaan program di peringkat Ibu Pejabat AKM dan AKM Negeri. Terdapat keperluan untuk mendapatkan kerjasama antara agensi Persekutuan dan Negeri dalam merealisasikan pelaksanaan Program Malaysia MADANI yang berkesan diseluruh pelosok negeri.
Di samping itu, program ini juga bagi membentuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional AKM agar sentiasa progresif, dan berupaya menghayati peranan AKM selalu pembina negara bangsa.
Secara keseluruhannya, program ini telah berjalan dengan lancar dan turut mendapat maklum balas yang positif dalam kalangan peserta yang hadir.
𝗞𝗨𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗥𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
𝟭𝟴 𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗦𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮 𝗹 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗶𝗻𝗮𝗯𝗮𝗹𝘂
YBhg. Datuk Dr Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg. Dato' Seri Hj Rosli bin Isa, Setiausaha Persekutuan Sabah bertempat di Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Kunjungan hormat ini adalah usaha dan langkah AKM untuk terus menjalankan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan persekutuan di Sabah bagi tujuan pelaksanaan program-program kenegaraan Malaysia MADANI.
Turut hadir, YBrs. Encik Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan AKM dan YBhg. Datin Shonita binti Terang, Pegarah AKM Negeri Sabah.
𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗕𝗜𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗘𝗞𝗦𝗘𝗞𝗨𝗧𝗜𝗙 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛
𝟭𝟵-𝗙𝗲𝗯𝗿𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝗥𝗔𝗕𝗨 | 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗞𝗶𝗻𝗮𝗯𝗮𝗹𝘂
YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan (AKM), Pejabat Perdana Menteri, hadir ke Program Bicara Eksekutif Madani anjuran AKM Negeri Sabah bertempat di Bilik Orkid, Promenade Hotel.
Pengenalan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), dan penetapan hala tuju dan pembangunan berkaitan kenegaraan di negeri Sabah adalah aktiviti-aktiviti yang dilakukan sewaktu seminar ini berlangsung.
Kehadiran dif jemputan YBhg. Datuk Raisin bin Saidin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri sabah. En. Abdul Rahman yakub, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah.
Turut hadir dari AKM YBhg. Datin Shonitah binti Terang, Pengarah AKM Negeri Sabah. Seminar ini juga dihadiri oleh YBhg. Datuk Haji Sapawi bin Haji Ahmad, Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA).