𝟏𝟐 - 𝟏𝟒 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐚𝐛𝐮-𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 | 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Wacana Pemikiran MADANI anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah diadakan pada 12 hingga 14 Februari 2025.
Program selama tiga (3) hari ini dihadiri seramai 60 orang peserta terdiri daripada semua Pengarah Bahagian AKM, Pengarah-pengarah AKM Negeri dan pegwai-pegawai kanan AKM serta Penggerak MADANI dari seluruh negara.
Program Wacana Pemikiran MADANI yang dilaksanakan merupakan program wacana pertama AKM yang diadakan pada tahun ini. AKM merasa bertuah dengan kehadiran YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia yang meluangkan masa untuk bersama-sama peserta program ini.
Sesi ucaptama telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah AKM. Turut hadir dalam program tersebut YBrs. Tuan Roslan bin Mat Nong, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan YBrs. Tuan Shahrir Zaman bin Abdul Wahab Pengarah Bahagian Eksekutif, yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah (Profesional).
Antara panel yang hadir untuk sesi pembentangan ialah YBhg. Dato’ Amin bin Senin selaku Pengerusi Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan, YBhg. Dato Seri Dr. Uzir bin Mahidin selaku Ketua Perangkawan Malaysia dan YBhg. Dato’ Romli Ishak selaku Pengerusi Cyberview Sdn. Bhd.
Siri wacana pada kali ini bertujuan bagi menyediakan input-input penting dalam konteks latihan yang akan dikendalikan oleh warga dan penggerak AKM di seluruh negara pada masa sekarang dan akan datang.
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈
𝟏𝟐-𝟏𝟒 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐚𝐛𝐮-𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 | 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐋𝐚𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐒𝐚𝐠𝐮, 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠
Seksyen Perkhidmatan Awam, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Siri 4/2025 pada 12 hingga 14 Februari 2025 bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Bukit Sagu, Pahang.
Kursus selama 3 hari 2 malam ini melibatkan seramai 116 orang peserta. Para peserta telah didedahkan dengan modul latihan Kenegaraan Malaysia MADANI yang menekankan Pembinaan Negara Bangsa, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Malaysia MADANI. Para peserta telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang kursus ini dilaksanakan.
Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjalan dengan lancar dan turut mendapat maklum balas yang positif dalam kalangan peserta.
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀 (𝐀𝐏𝐑)
𝟏𝟑 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐁𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐏𝐫𝐚𝐤𝐚𝐬𝐚, 𝐀𝐊𝐌, 𝐁𝐥𝐨𝐤 𝐅𝟏𝟎, 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚
YBhg. Dato’ Dr. Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah menerima kunjung hormat daripada Akademi Pilihanraya Malaysia (APR), Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang diketuai oleh YBrs. Encik Hasanul Isyraf bin Naim, Pengarah APR.
Kunjungan hormat tersebut meliputi perbincangan berkaitan cadangan Program Pendidikan Pengundi (VE) bersama pegawai-pegawai AKM serta peluang kolaborasi terutama dalam program-program AKM yang bersesuaian.
Menerusi jalinan kerjasama yang bakal dijalankan ini diharap dapat melestarikan hasrat pembangunan progresif rakyat terutamanya dalam semangat demokrasi dan celik pilihan raya demi pembinaan negara bangsa.
𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐅𝐆𝐕 𝐇𝐎𝐋𝐃𝐈𝐍𝐆𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃
𝟏𝟑 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐅𝐆𝐕 𝐇𝐨𝐥𝐝𝐢𝐧𝐠𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝
Bahagian Korporat, Akademi Kenegaraan Malaysia hari ini meneruskan sesi perbincangan bersama sektor korporat dalam usaha menyampaikan kefahaman berkaitan kenegaraan dan Malaysia MADANI kepada semua lapisan masyarakat.
Perbincangan kali ini adalah bersama-sama FGV Holdings Berhad. Di dalam perbincangan ini kita telah memberi penerangan berkaitan Akademi Kenegaraan Malaysia dan penerangan untuk pelaksanaan Program Kenegaraan Malaysia Madani kepada wargakerja FGV Holdings Berhad akan datang.
Terima kasih diucapkan kepada FGV Holdings Berhad di atas kerjasama yang diberikan.
𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀-𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐌𝐑𝐂𝐁
𝟏𝟐 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐑𝐚𝐛𝐮 | 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐌𝐑𝐂𝐁, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Bahagian Korporat, Akademi Kenegaraan Malaysia hari ini telah mengadakan perbincangan bersama-sama pegawai Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB) untuk pelaksanaan Program Kenegaraan Malaysia Madani akan datang. Tujuan utama perbincangan adalah memberikan penerangan berkaitan Akademi Kenegaraan Malaysia serta program yang ditawarkan di bawah Bahagian Korporat di dalam usaha menyebarluaskan kefahaman berkaitan kenegaraan dan Malaysia Madani kepada wargakerja MRCB.
Terima kasih di ucapkan kepada MRCB di atas kerjasama yang baik.