𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐏𝐃𝐑𝐌)
𝟏𝟎 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 | 𝐁𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭, 𝐀𝐊𝐌, 𝐁𝐥𝐨𝐤 𝐅𝟏𝟎, 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚
Polis Diraja Malaysia (PDRM) diketuai oleh YDH SAC Tuan Samad bin Yahya telah hadir ke Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya bersama-sama Pegawai Kanan PDRM Bukit Aman.
Sesi kunjungan hormat ini disambut oleh o 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐡𝐫𝐢𝐫 𝐙𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐖𝐚𝐡𝐚𝐛 Pengarah Eksekutif yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Profesional) AKM, Tuan Hazli bin Hj Hamzah, Ketua Seksyen Perkhidmatan Awam Persekutuan dan pegawai-pegawai dari Bahagian Latihan Eksekutif (BLE), AKM.
𝐊𝐨𝐥𝐚𝐛𝐨𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐚 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐢𝐡𝐚𝐤 𝐤𝐡𝐮𝐬𝐮𝐬𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦-𝐩𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐞𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐧𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓.
𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀-𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐋𝐈𝐍𝐓𝐀𝐒
𝟕 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 | 𝐏𝐑𝐎𝐋𝐈𝐍𝐓𝐀𝐒 𝐝𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐍𝐁
Bahagian Korporat, Akademi Kenegaraan Malaysia telah mengadakan perbincangan di Menara PNB bersama-sama pegawai-pegawai daripada Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd atau PROLINTAS pada pagi Jumaat. Pegawai-pegawai yang menyertai perbincangan tersebut adalah Encik Yazid Bin Misnan, General Manager Human Capital Division, Puan Mazwuin Bt Maulud, Asst Manager, Training dan Development, Human Capital Division dan Encik Aizuddin Bin Zamani, Senior Executive, Training & Development, Human Capital Division. Perbincangan adalah berfokus kepada penerangan berkaitan Akademi Kenegaraan Malaysia dan program yang ditawarkan kepada pegawai dan kakitangan PROLINTAS.
Harapannya adalah usaha menyebarluaskan kefahaman berkaitan Malaysia MADANI dan kenegaraan dapat dilaksanakan dengan baik kepada semua lapisan masyarakat amnya dan kepada warga korporat khususnya.
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐈𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐌𝐁𝐌) 𝐊𝐄 𝐀𝐊𝐌
𝟔 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐁𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐏𝐫𝐚𝐤𝐚𝐬𝐚, 𝐀𝐊𝐌, 𝐁𝐥𝐨𝐤 𝐅𝟏𝟎, 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚
Kunjungan hormat daripada Majlis Belia Malaysia (MBM) ke Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) yang diketuai sendiri oleh 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐡𝐝 𝐈𝐳𝐳𝐚𝐭 𝐀𝐟𝐢𝐟𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐇𝐚𝐦𝐢𝐝, 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐢𝐝𝐞𝐧 𝐌𝐁𝐌 telah berlangsung pada hari ini.
Sesi kunjungan hormat dipengerusikan oleh 𝐘𝐁𝐫𝐬. 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐡𝐫𝐢𝐫 𝐙𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐢𝐧 𝐀𝐛𝐝𝐮𝐥 𝐖𝐚𝐡𝐚𝐛 Pengarah Eksekutif yang menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Profesional) AKM.
Pertemuan ini merupakan platform membincang dan mengeratkan hubungan antara AKM dan MBM terutamanya dalam pembangunan belia.
𝐏𝐄𝐑𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐀𝐑𝐊 𝐌𝐀𝐘
𝟔 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 | 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐚𝐫𝐤 𝐌𝐚𝐲 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝, 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Penglibatan sektor korporat di dalam pembangunan Negara adalah amat penting dan kerjasama di antara sektor awam dan korporat perlu berterusan di dalam memastikan agenda pembangunan Negara dapat dilaksanakan bersama-sama.
Bahagian Korporat hari ini telah mengadakan perbincangan Program Kenegaraan Malaysia Madani bersama-sama 𝐏𝐚𝐫𝐤 𝐌𝐚𝐲 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 yang merupakan operator kepada syarikat pengangkutan bas Transnational, Plusliner dan Nice. Perbincangan adalah menjurus kepada pelaksanaan program kepada eksekutif dan kakitangan Park May Berhad akan datang. Perbincangan juga melibatkan program-program khas yang dapat dilaksanakan bersama-sama.
Sesi perbincangan ini dimulakan oleh YBrs. Puan Wan Nurul Lizza Bakhrojin, Head of Talent dan Culture Development serta seterusnya dari pihak AKM oleh YBrs. Encik Mohd Khailani Ismail, Pengarah Bahagian Korporat. Turut serta di dalam perbincangan adalah YBrs. Tuan Muhammad Syamil Bin Mohd Alim Shah Executive IR , Cik Norhaida Binti Ariffin Ketua Seksyen Korporat bersama-sama penolong pegawai Bahagian Korporat.
Terima kasih kepada Park May Berhad di atas ruang perbincangan dan diharapkan pelaksanaan program dapat dilaksanakan dengan jayanya akan datang.
YBhg. Dato’ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah menerima kunjung hormat daripada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia pada 5 Februari 2025.
Pihak BSKK telah diketuai oleh YBrs. Tuan Ithnin bin Mahadi, Pengarah BSKK, KPM.
Menerusi pertemuan ini telah diadakan perbincangan berkaitan kolaborasi yang boleh dilaksanakan bersama-sama terutama kerjasama dalam pelaksanaan Program Kem Generasi Madani.
Semoga kolaborasi AKM dengan BSKK, KPM akan terjalin demi kepentingan belia generasi madani.
- PERBINCANGAN SUSULAN BERSAMA PERTUBUHAN GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) KEBANGSAAN Bahagian Latihan Belia dan Institusi Pendidikan, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri
- mengadakan satu perbincangan kolaboratif bersama pihak CUEPACS Negeri Sembilan
- Bengkel Pemurnian Perancangan Program Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Tahun 2025 pada 26 hingga 28 Januari 2025
- Seksyen Perkhidmatan Awam, Bahagian Latihan Eksekutif, Akademi Kenegaraan Malaysia telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI (Penjawat Awam) Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Siri 2/2025