Program Citra Apresiasi: Aku Kasih Malaysia
Diterbitkan pada : 13 September 2025
                
            
        
    
𝟏𝟑 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮 | 𝐀𝐄𝐎𝐍 𝐌𝐚𝐥𝐥 𝐓𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐄𝐪𝐮𝐢𝐧𝐞
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Jabatan Perdana Menteri hari ini menganjurkan Program Citra Apresiasi: Aku Kasih Malaysia di Pusat Membeli-belah AEON Taman Equine, Seri Kembangan sebagai wadah menghargai sokongan rakyat terhadap inisiatif kenegaraan sepanjang sambutan bulan kebangsaan. Program ini berlangsung meriah dengan kehadiran Yang Berhormat Datuk Seri Profesor Emeritus Dr. Awang bin Sariyan, Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia selaku tetamu kehormat.
Kemuncak acara ialah pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) yang menganugerahkan AKM kerana berjaya mencatatkan rekod baharu penyertaan melebihi 1 juta orang dalam tempoh sebulan melalui Program Bicara Kenegaraan. Pencapaian ini membuktikan keberkesanan usaha AKM dalam memperkukuh semangat patriotisme rakyat Malaysia dan sekali gus menegaskan komitmen kerajaan MADANI untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berbudaya dan berjati diri.
Selain meraikan kejayaan tersebut, program ini turut disemarakkan dengan Pertandingan Akhir Pantomim Kenegaraan Peringkat Kebangsaan yang menampilkan kreativiti peserta dalam mengangkat mesej kecintaan kepada tanah air, di samping itu penyampaian hadiah Ekspresi Merdeka Pertandingan Video Kreatif Peringkat Kebangsaan yang mengiktiraf bakat muda dalam berkarya melalui medium digital dan Penyerahan Sijil Kembara Aku Kasih Malaysia.
Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan yang menceriakan suasana antaranya Pertandingan Mewarna, Slot Interaktif Kenegaraan, memberi ruang kepada pengunjung untuk turut serta dalam kuiz, forum dan aktiviti kenegaraan serta Cabutan Bertuah dengan pelbagai hadiah menarik yang menambahkan lagi keterujaan pengunjung.
 
 
 
 
 
 
 
 
 




