Skip to main content

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Jelajah Taat Setia Melaka

Diterbitkan pada : 07 July 2025
𝟕 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 | 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚

Negeri Melaka menjadi destinasi ketiga pelaksanaan Program Jelajah Taat Setia MADANI, anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) bersama-sama Pejabat Ketua Setiausaha Negara dan Kerajaan Negeri Melaka.
Hampir 2,000 orang penjawat awam berkumpul di MITC Ayer Keroh untuk menyemai rasa taat setia, integriti dan jiwa kenegaraan sebagai nilai penting yang menjadi teras penyampaian perkhidmatan awam.
YBhg. Tan Sri Shamsul Azri, Ketua Setiausaha Negara, menekankan bahawa kejayaan dasar kerajaan amat bergantung kepada iltizam penjawat awam. Sementara YAB Ketua Menteri Melaka menyeru semua penjawat awam agar berkhidmat dengan jujur dan berjiwa rakyat demi memenuhi aspirasi Malaysia MADANI kerana penjawat awam merupakan cerminan nilai terhadap rakyat.
Program juga menyaksikan pelancaran Buku Poket MADANI oleh Ketua Menteri dan KSN sebagai satu panduan praktikal yang diterbitkan dalam 6 bahasa untuk membantu penjawat awam menghayati dasar MADANI dalam tugas harian.
Program turut dimeriahkan dengan reruai agensi kerajaan dan Jualan Rahmah.
AKM komited menjadikan siri jelajah ini sebagai medan memperkukuh nilai, memperbaharui semangat dan membina semula kepercayaan rakyat kepada perkhidmatan awam.
Facebook X Instagram TikTok YouTube