Skip to main content

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Jelajah Taat Setia MADANI Memperkukuh Semangat Penjawat Awam Negeri Perak

Diterbitkan pada : 05 November 2025
๐Ÿ“ ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐‘๐š๐›๐ฎ | ๐ˆ๐ฉ๐จ๐ก, ๐๐ž๐ซ๐š๐ค

Negeri Perak menjadi menjadi destinasi seterusnya pelaksanaan Program Jelajah Taat Setia MADANI, anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) bersama-sama Pejabat Ketua Setiausaha Negara dan Kerajaan Negeri Perak.

Hampir 2,000 orang penjawat awam berkumpul di Ipoh Convention Centre, Perak (ICC), Ipoh untuk menyemai rasa taat setia, integriti dan jiwa kenegaraan sebagai nilai penting yang menjadi teras penyampaian perkhidmatan awam.

YBhg. Tan Sri Shamsul Azri, Ketua Setiausaha Negara, menekankan bahawa kejayaan dasar kerajaan amat bergantung kepada iltizam penjawat awam. Sementara YAB Datoโ€™ Seri Saarani bin Mohamad, YAB Menteri Besar Perak menyeru semua penjawat awam agar berkhidmat dengan jujur dan berjiwa rakyat demi memenuhi aspirasi Malaysia MADANI kerana penjawat awam merupakan cerminan nilai terhadap rakyat.

Sebelum itu YB Datoโ€™ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri telah menyampaikan ucap alu-aluan program mana kala YBhg. Datoโ€™ Dr. Haji Roslan bin Hussin Ketua Pengarah Akademi telah memulakan program sebagai ahli panel melalui wacana bertajuk "Tanggungjawab Penjawat Awam Dalam Menterjemahkan Malaysia MADANIโ€

Program turut dimeriahkan dengan reruai agensi kerajaan dan Jualan Rahmah. AKM komited menjadikan siri jelajah ini sebagai medan memperkukuh nilai, memperbaharui semangat dan membina semula kepercayaan rakyat kepada perkhidmatan awam.
Facebook X Instagram TikTok YouTube