JELAJAH TAAT SETIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR DAN PELUNCURAN GELOMBANG AKU KASIH MALAYSIA 2026
Diterbitkan pada : 03 April 2026
๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐ | ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ญ | ๐๐ก๐๐ก ๐๐ฅ๐๐ฆ, ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ ๐จ๐ซ
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan Program Jelajah Taat Setia Madani Peringkat Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam yang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor YAB Datoโ Seri Amirudin bin Shari .
Ucaptama program ini dilaksanakan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Haji Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Turut hadir sama adalah YB Datoโ Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YBhg. Dato' Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah AKM, YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan YBhg. Datoโ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Jabatan Perpaduan Negara. serta Barisan EXCO Kerajaan Negeri Selangor dan telah menghimpunkan seramai 2,000 orang penjawat awam di Negeri Selangor.
Program Jelajah Taat Setia MADANI ini merupakan yang pertama diadakan bagi tahun 2026 ini bertujuan menyampaikan mesej kenegaraan Madani kepada anggota perkhidmatan awam di Negeri Selangor sekaligus dapat memupuk semangat sayangkan negara di kalangan warga perkhidmatan awam dalam masa yang sama dapat memahami aspirasi kerajaan.
Program dimulakan dengan Sesi Forum bertajuk Tanggungjawab Penjawat Awam dalam Menterjemahkan Malaysia MADANI oleh YBhg. Dato' Dr. Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah AKM.
Dalam majlis yang sama YAB Dato' Menteri Besar Selangor juga telah ๐ฆ๐๐ฅ๐ฎ๐ง๐๐ฎ๐ซ๐ค๐๐ง '๐๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐๐ค๐ฎ ๐๐๐ฌ๐ข๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐' yang akan menjadi usaha kaloboratif antara AKM bersama kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Komunikasi, Kementerian Perpaduan Negara serta Kementerian Belia dan Sukan untuk menyemai rasa bangga di kalangan rakyat Malaysia dan seterusnya menimbulkan semangat cintakan negara lebih mendalam.
