Skip to main content

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

KARNIVAL KAMPUNG ANGKAT MADANI PERKUKUH UKHWAH, TARIK SAMBUTAN HANGAT WARGA LABU LANJUT

Diterbitkan pada : 07 February 2026
๐Ÿ• ๐…๐ž๐›๐ซ๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ฅ ๐’๐š๐›๐ญ๐ฎ ๐ฅ ๐’๐ž๐ฉ๐š๐ง๐ , ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ

Karnival Kampung Angkat MADANI yang berlangsung di Padang Awam Kampung Labu Lanjut hari ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat dan komuniti sekitar, sekali gus mencerminkan semangat kebersamaan dan ukhwah yang semakin kukuh dalam kalangan masyarakat.
Penganjuran karnival anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri itu bukan sahaja menjadi platform mendekatkan agensi kerajaan dengan rakyat, malah berfungsi sebagai ruang interaksi sosial yang merapatkan hubungan kejiranan serta memperkukuh nilai kebersamaan berteraskan konsep Malaysia MADANI.

Kemuncak karnival menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Siap Kampung Angkat MADANI, melibatkan pelaksanaan beberapa projek kemudahan dan kesejahteraan komuniti yang telah berjaya disiapkan hasil kerjasama pelbagai pihak. Penyerahan tersebut melambangkan komitmen berterusan kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat di peringkat akar umbi.

Karnival yang disempurnakan oleh YABhg Datoโ€™ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail ini bermula seawal pagi itu turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian bersifat santai dan inklusif seperti aktiviti sukan rakyat, Bicara Kenegaraan, Jualan Rahmah, Pameran Agensi Kerajaan, Pertandingan Pakaian Beragam, Kenduri Rakyat dan pelbagai lagi.

Penduduk Kampung Labu Lanjut menyifatkan penganjuran karnival seumpama ini sebagai medium berkesan untuk menghidupkan semula budaya turun padang, selain membuka ruang dialog tidak formal antara rakyat dan pihak pelaksana program pembangunan setempat.

Secara keseluruhannya, Karnival Kampung Angkat MADANI bukan sekadar acara komuniti, malah menjadi simbol usaha berterusan dalam membina masyarakat yang bersatu, prihatin dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Facebook X Instagram TikTok YouTube