Skip to main content

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Kunjungan Hormat Akademi Kenegaraan Malaysia Ke Radio Televisyen Malaysia (RTM)

Diterbitkan pada : 14 October 2025
𝟏𝟒 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 | 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫
Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah mengadakan kunjung hormat ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertujuan untuk membuka ruang kerjasama strategik antara kedua-dua agensi, khususnya untuk mengangkat pemahaman tentang Malaysia MADANI dan hal ehwal kenegaraan. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah kolaberasi penyediaan video kenegaraan dan Malaysia MADANI, pelaksanaan program latihan bersama tenaga kerja RTM dan kolaberasi program baharu ke arah mempromosikan dan juga hebahan berkaitan Malaysia MADANI.
AKM diketuai oleh YBhg. Dato' Dr. Hj Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah AKM, YBhg. Datin Saliza binti Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Encik Noor Hisham bin Rosle, Pengarah Bahagian Dasar dan Strategik, Encik Khalid bin Mohamad Yosoff, Pengarah Bahagian Belia, Puan Zainariah binti Hassan, Pengarah Unit Komunikasi Strategik dan Puan Nur Ayuni bin Mahammad Zin, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dasar dan Strategik. Manakala pihak RTM diketuai oleh YBhg. Datuk Suhaimi bin Sulaiman, Ketua Pengarah Penyiaran, Puan Azamah binti Wahab, Timbalan Pengarah Seksyen Berita Radio, Puan Norfadhilah binti Ahmad Mawawi, Penolong Pengarah Seksyen Dasar dan Encik Nordin bin Abd. Hamid, Pengawai Khas Ketua Pengarah.
Facebook X Instagram TikTok YouTube