๐๐ ๐๐ค๐ญ๐จ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐ฎ | ๐๐๐๐ฎ๐ญ๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ซ ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐ฌ๐ข๐, ๐๐๐ค๐๐ซ๐ญ๐, ๐๐ง๐๐จ๐ง๐๐ฌ๐ข๐
 
Akademi 
Kenegaraan Malaysia (AKM) telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama YBhg. Dato Syed Mohamad Hasrin bin Tengku Hussein, Duta Besar Malaysia Ke Republik Indonesia. Rombongan AKM diketuai oleh Encik Shahrir Zaman bin Abdul Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Profesional), Encik Mohd Khailani bin Ismail, Pengarah Bahagian Kepimpinan Negara, Dr. Noor Dasrafeezal bin Abdul Shukur, Pengarah Bahagian Media dan Digital, Puan Nur Ayuni binti Mahammad Zin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Encik Mohd Yuhanis bin Mohamad Yusof, Penolong Pengarah Bahagian Belia dan Puan Yusnilawati binti Abdul Asik, Penolong Pengarah AKM Negeri Sabah.
 
Turut hadir ialah Puan Rosnita binti Hamzah, Penasihat Kedutaan, Encik Fakhrul Ariffin bin Zulkifly, Setiausaha Pertama (Ekonomi) dan Encik Mohd Faizal bin Mohd Ismail, Warden Education of Malaysia Indonesia.
 
Kunjungan hormat ini bertujuan memperkenalkan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri sebagai agensi peneraju latihan kenegaraan di Malaysia serta mendapatkan pandangan dan nasihat Duta Besar Malaysia ke Indonesia mengenai peluang kolaborasi dengan agensi-agensi di Indonesia bagi memperkukuh semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya golongan belia.
 
Kunjungan ini turut mendapat sokongan penuh daripada Duta Besar yang menyambut baik inisiatif AKM dalam mengadakan perbincangan berilmiah dengan pelbagai agensi berfokuskan kenegaraan. Beliau turut menzahirkan komitmen kerajaan terhadap hubungan erat MalaysiaโIndonesia yang penting bagi mengekalkan kestabilan dan permuafakatan di rantau ASEAN.