Skip to main content

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Kunjungan Hormat Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri ke Pejabat Pengurus Besar Kanan Jabatan Pengurusan Hidrokarbon Bersepadu Petronas

Diterbitkan pada : 18 November 2025
๐Ÿ๐Ÿ– ๐๐จ๐ฏ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š | ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ

YBhg. Datoโ€™ Dr. Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, telah mengetuai kunjungan hormat ini. Turut hadir Encik Mohd Azizan bin Abdullah, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan pegawai-pegawai kanan AKM.

Manakala hadir menyantuni pegawai AKM ialah YBhg. Tuan Haji Anuar bin Ismail yang merupakan Pengurus Besar Kanan, Pengurusan Hidrokarbon Bersepadu, Pengurusan Petroliam Malaysia, PETRONAS.

Pertemuan ini telah membuka ruang kerjasama strategik antara AKM dan PETRONAS dalam usaha memperkukuh agenda kenegaraan di peringkat nasional. Melalui perbincangan dua hala, kedua-dua pihak bersetuju bahawa pengukuhan nilai kenegaraan, kefahaman dasar negara serta pembentukan jati diri nasional merupakan elemen penting yang perlu diperkasa dalam kalangan warga perkhidmatan awam, agensi swasta, dan masyarakat umum.

AKM dan PETRONAS turut mengenal pasti potensi kerjasama dalam aspek pemerkasaan modul kenegaraan, perkongsian kepakaran, serta penganjuran program kenegaraan yang mampu memberi impak lebih meluas.

Inisiatif sebegini dijangka dapat menyokong usaha kerajaan dalam memperkukuh perpaduan, integriti dan semangat patriotisme terutama dalam kalangan tenaga kerja strategik negara. Kerjasama ini sekali gus mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk bersama-sama memainkan peranan sebagai rakan strategik dalam penyebarluasanan nilai-nilai kenegaraan, sejajar dengan aspirasi Malaysia menuju pembangunan yang lebih progresif dan berdaya tahan.
Facebook X Instagram TikTok YouTube