Skip to main content

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Kursus Kenegaraan Malaysia Madani Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail

Diterbitkan pada : 21 July 2025

𝟏𝟖-𝟐𝟎 𝐉𝐮𝐥𝐚𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭 - 𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝐊𝐮𝐥𝐚𝐢

Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri Negeri Johor telah melaksanakan Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI bersama pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Johor bertempat di Pusat Latihan Kenegaraan Gunung Pulai, Johor selama 3 hari 2 malam.
Majlis Perasmian Pembukaan telah dirasmikan oleh Encik Mohd Zamrin bin Siran, Pengarah AKM Negeri Johor. Manakala Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Puan Noor Azlyna Imran binti Amran, Penolong Kanan Kokurikulum, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail dan turut hadir bersama Encik Mohd Rizal bin Sarip selaku guru penyelaras program.
Pemimpin pelajar yang juga atlet Negeri dan Peringkat Kebangsaan mengikuti program ini bagi membentuk nilai positif dalam menjaga maruah dan martabat bangsa di persada dunia. Sepanjang pelaksanaan kursus ini mereka turut didedahkan dengan kefahaman Pembinaan Negara Bangsa, Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Malaysia MADANI dengan menggunakan kaedah interaktif kenegaraan yang disampaikan oleh Puan Fatmawati binti Mohd Munir.
Selain itu, aktiviti lasak seperti halangan berlumpur, aktiviti menara tinggi dan jungle trekking juga dilaksanakan bagi memberikan semangat jati diri, ketahanan mental dan fizikal kepada semua peserta.
Semoga dengan pendedahan ilmu kenegaraan ini menjadi nilai tambah dalam penjanaan kesedaran dan peningkatan jati diri kepada semua.
Facebook X Instagram TikTok YouTube