Skip to main content

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Aku Kasih Malaysia

Diterbitkan pada : 28 August 2025
๐Ÿ๐Ÿ– ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ | ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š

YBhg. Datoโ€™ Dr. Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri hari ini telah menyempurnakan Majlis Perlepasan Konvoi Kembara Aku Kasih Malaysia 2025 bersempena Hari Kebangsaan bertempat di Lobi F10, Kompleks F, Putrajaya yang diketuai oleh Encik Azhar bin Ngah, Pengasas Fast Bikes Club, Puan Fadzlaini bin Ibrahim, Pengerusi Fast Bikes Club, dan Encik Azizi Azran bin Abdullah, Pengerusi Projek. Turun hadir menyertai pelepasan konvoi, YBrs. Puan Masila binti Ya'kub, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) dan YBrs. Tuan Shahrir Zaman bin Abdul Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Professional), dan YBrs. Lt. Kol. (PA) Khairil Izzwan bin Abdul Rahman.
Konvoi Kembara Kasih Malaysia melibatkan 68 buah motorsikal berkuasa tinggi (Harley Davidson) yang bermula di Kuala Lumpur iaitu pada 27 Ogos 2025. Diikuti ke Putrajaya pada 28 Ogos 2025 untuk perasmian pelepasan. Seterusnya ke negeri Perak, Pualu Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan menamatkan perjalanan di negeri Melaka pada 31 Ogos 2025. Program ini bukan sekadar konvoi bermotorsikal, malah ia membawa seribu harapan agar semangat cintakan negara dan kasih kepada Malaysia akan terus mekar selamanya.
Facebook X Instagram TikTok YouTube