Skip to main content

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

MAJLIS PERASMIAN PEJABAT AKADEMI KENEGARAAN MALAYSIA PEJABAT PERDANA MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN

Diterbitkan pada : 28 April 2026
𝟐𝟖 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 | 𝐀𝐊𝐌 𝐖𝐢𝐥𝐚𝐲𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐚𝐧

Majlis perasmian Pejabat Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Pejabat Perdana Menteri, Wilayah Persekutuan telah disempurnakan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Bin Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah & Sarawak). YB Menteri menekankan kepentingan AKM Wilayah Persekutuan dalam membantu menyebarluas dasar-dasar serta inisiatif-inisiatif kerajaan Malaysia MADANI kepada komuniti khususnya yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Dr. Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri. Beliau menjelaskan bahawa Pejabat Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Perdana Menteri Wilayah Persekutuan berperanan sebagai platform strategik bagi memperkukuh pengurusan dan perlaksanaan program-program kenegaraan dan Malaysia MADANI di sekitar Wilayah Persekutuan.

Turut hadir ialah YBrs. Tuan Mohamad Shukri bin Nawi, Pengarah Keselamatan Negeri Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan, YBrs. Tuan Megat Azlani bin Megat Ramli, Pengarah Unit Penyelarasan. Perlaksanaan (ICU JPM) Wilayah Persekutuan serta YBrs. Tuan Saiful Yusnor bin Mohd Yusuf, Timbalan Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Wilayah Persekutuan.
Facebook X Instagram TikTok YouTube