Skip to main content

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

MAJLIS PERHIMPUNAN DAN AMANAT KETUA PENGARAH AKADEMI KENEGARAAN MALAYSIA (AKM) 2026

Diterbitkan pada : 22 January 2026
๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐š๐ง๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐ฅ ๐Š๐ก๐š๐ฆ๐ข๐ฌ ๐ฅ ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ

Majlis Perhimpunan dan Amanat Ketua Pengarah AKM 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan menghimpunkan seluruh warga AKM dari seluruh negara. Majlis ini berfungsi sebagai platform penyampaian amanat Ketua Pengarah AKM yang merangkumi pencapaian AKM sepanjang tahun 2025 serta hala tuju dan perancangan strategik bagi tahun 2026, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Majlis dimulakan pada sesi pagi dengan Perkongsian melalui slot Bicara Pendek 1 yang disampaikan oleh Encik Muhammad Syukri bin Mohd Noor, Penolong Pengarah Bahagian Eksekutif dengan tajuk "Rasionalisasi Subsidi : Langkah Disiplin Fiskal Negara" dan Bicara Pendek 2 yang disampaikan oleh Puan Nor Fathihah bin Mohd Saman, Penolong Pengarah, AKM perlis dengan tajuk "Kenapa perjanjian Art Malaysia - Amerika Syarikat penting?".

Setelah itu, Majlis diteruskan dengan Perhimpunan dan Amanat Ketua Pengarah yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah AKM.
Dalam amanat tersebut, YBhg. Datoโ€™ Ketua Pengarah menegaskan komitmen AKM dalam memperkukuh pendekatan latihan (approach), penguasaan sistem maklumat, penilaian pembudayaan integriti dan sikap melalui cara kerja dan juga penilaian (4R) dengan menggunakan teknik "Rice" bagi memastikan keberkesanan dan kelestarian tadbir urus organisasi.

Diharapkan amanat ini menjadi pemangkin kepada seluruh warga AKM untuk terus melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi dan integriti dalam menyokong agenda pembangunan negara
Facebook X Instagram TikTok YouTube