Penjawat Awam Sebagai Pemudahcara Kepada Rakyat
Diterbitkan pada : 09 May 2025
                
            
        
    
๐ ๐๐๐ข ๐๐๐๐๐ | ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ญ | ๐๐๐๐๐ก
Akademi Kenegaraan Malaysia(AKM), Pejabat Perdana Menteri meneruskan pelaksanaan Program Jelajah Taat Setia bagi siri ke dua di peringkat Negeri Sabah. Lebih 2,000 orang penjawat awam persekutuan dan negeri Sabah berkumpul di Sabah International Convention Centre (SICC) bagi menjayakan program yang memperkukuh nilai taat setia, integriti, dan patriotisme dalam perkhidmatan awam.
Disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN). Manakala YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah yang menyempurnakan perasmian penutup program. Dalam ucapan, Ketua Menteri berharap agar penjawat awam menjadi pemudahcara yang berkesan untuk menyampaikan dasar kerajaan kepada rakyat.
Program ini bertujuan meningkatkan keberkesanan penyampaian dan untuk memperkukuh semangat taat setia terhadap pemimpin, khususnya dalam kalangan penjawat awam negeri Sabah.
Turut diadakan peluncuran video Malaysia MADANI, oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah dan YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. Disaksikan oleh YBhg. Datoโ Seri Haji Rosli bin Isa, Setiausaha Persekutuan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri, dan YBhg. Datoโ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah AKM. Video ini akan digunakan oleh Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) sebagai sumber latihan dalam memberi pemahaman mengenai konsep Malaysia MADANI.
Di samping itu, pengisian lain dalam Jelajah Taat Setia MADANI kali ini ialah perkongsian berkaitan tanggungjawab penjawat awam dalam menterjemahkan Malaysia MADANI oleh YBhg. Datoโ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri.
 
 
 
 
 
 
 
 




