Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Oktober Tahun 2025
Diterbitkan pada : 13 October 2025
                
๐๐ ๐๐ค๐ญ๐จ๐๐๐ซ ๐๐๐๐ | ๐๐ฌ๐ง๐ข๐ง | ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐๐ฃ๐๐ฒ๐
Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi Bulan Oktober 2025 telah berlangsung pagi ini bertempat di Dewan Deโ Seri Endon, PUSPANITAPURI. 
Yang Berbahagia Datoโ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dan Yang Berbahagia Datin Saliza binti Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AKM, bersama-sama warga AKM hadir ke majlis tersebut.
YAB Perdana Menteri, Datoโ Seri Anwar bin Ibrahim, dalam ucapannya telah menyampaikan beberapa amanat penting yang menyentuh halatuju negara serta peranan pegawai awam dalam menjayakan agenda nasional. Antara inti pati utama dalam ucapan ialah:
โ Kerangka Belanjawan 2026 dirumuskan dengan memberi penekanan kepada usaha memacu pembangunan manusia secara menyeluruh, seiring dengan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang inklusif dan mampan.
โ Isu tatakelola dan integriti dalam perkhidmatan awam terus menjadi fokus utama di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI. YAB Perdana Menteri menekankan bahawa setiap pegawai awam perlu menghayati nilai-nilai integriti dan akauntabiliti bagi membanteras sebarang bentuk rasuah dan ketirisan dalam sistem penyampaian perkhidmatan.
โ Pegawai awam digesa untuk bekerja dengan tekad yang satu, memperkukuh semangat berpasukan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat demi kejayaan dan kesejahteraan negara secara keseluruhan.