Program dimulai dengan perkongsian berkaitan Kefahaman Kenegaraan Malaysia MADANI oleh pihak AKM. Diikuti oleh Sesi Dialog Pelajar bersama YBhg. Datoโ Dr. Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri.
Melalui sesi dialog tersebut peserta telah memberikan pandangan dan bertanyakan soalan yang berkaitan isu-isu kenegaraan yang wujud pada hari ini.
Turut hadir YBhg. Datoโ Shamsul Najmi bin Shamsuddin Pengarah, Atase Pendidikan Malaysia di Kaherah sebagai tanda sokongan terhadap program ini.