Skip to main content

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Program Dialog Negara Bangsa: Dilema Dan Penyelesaian

Diterbitkan pada : 26 August 2025
๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š | ๐Œ๐ž๐ฆ๐จ๐ซ๐ข๐š๐ฅ ๐“๐ฎ๐ง๐ค๐ฎ ๐€๐›๐๐ฎ๐ฅ ๐‘๐š๐ก๐ฆ๐š๐ง, ๐Š๐ฎ๐š๐ฅ๐š ๐‹๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ซ

Program Dialog Negara Bangsa: Dilema dan Penyelesaian ini anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) bersama Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Arkib Negara Malaysia serta Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan 2025 dan usaha kolektif pelbagai pihak untuk memperkukuh agenda kenegaraan yang inklusif dan berdaya tahan.
Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datoโ€™ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara. Turut hadir bersama, YBrs. Tuan Haji Badlishah Sham bin Baharin, Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, YBrs. Puan Masila binti Yaโ€™akub, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Akademi Kenegaraan Malaysia, YBrs. Encik Zaidin bin Mohd Noor Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, YBhg Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin
Pengarah Pengasas dari Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Encik Subramanian Ramasamy, Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Advokasi & Pemerkasaan Masyarakat (ACE) dan YBhg. Prof. Dr. Teh Peng Hong, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (HUAZONG).
Akademi Kenegaraan Malaysia turut mengambil bahagian melalui penyertaan reruai yang menampilkan pelbagai inisiatif, program serta peranan yang dimainkan dalam usaha memperkukuhkan semangat kenegaraan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Akademi Kenegaraan Malaysia merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga kerjasama erat yang terjalin dapat menjadi titik tolak kepada pembinaan negara bangsa yang lebih kukuh, harmoni dan berdaya tahan.
Facebook X Instagram TikTok YouTube