Program Jelajah Taat Setia Madani Peringkat Negeri Sembilan
Diterbitkan pada : 21 March 2025
                
            
        
    
๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐ฎ๐ฆ๐๐๐ญ | ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ง
Program Jelajah Taat Setia MADANI Penjawat Awam bertujuan meningkatkan keberkesanan penyampaian penjawat awam dan menanam serta memperkukuh semangat taat setia dalam kalangan penjawat awam terhadap pemimpin, kerajaan dan negara.
Seramai 1,000 orang dalam kalangan penjawat awam persekutuan dan negeri telah hadir program ini.
YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar berucap di dalam program tersebut mengharapkan agar semua penjawat awam sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri perlu mempunyai nilai Taat Setia yang tinggi kepada pemimpin dan juga negara. Beliau turut berpandangan bahawa segala matlamat dasar yang diperkenalkan oleh pemimpin lebih mudah tercapai sekiranya penjawat awam yang melaksanakan amanah tersebut mempunyai nilai Taat Setia yang tinggi. Beliau turut memberi penekanan kepada penjawat awam agar melafazkan ikrar Rukun Negara sekali seminggu.
Pelancaran pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri bil I tahun 2025 " Pembudayaan Amalan Patriotisme Dan taat setia penjawat Awam" juga telah di lakukan diakhir program.
Ucapan penutup oleh YAB Datoโ Seri Utama Hj. Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah menyatakan harapan kepada penjawat awam persekutuan dan negeri supaya dapat bekerja dalam satu pasukan untuk memastikan agenda Malaysia MADANI dapat direalisasikan.
Antara pengisian lain dalam Jelajah Taat Setia MADANI ialah perkongsian berkaitan tanggungjawab penjawat awam dalam menterjemahkan Malaysia MADANI oleh YBhg. Datoโ Dr. Haji Roslan bin Hussin, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri.
Penganjuran program ini akan diteruskan ke negeri-negeri lain oleh Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri.
 
 
 
 
 




