Skip to main content

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

PROGRAM KHAS IFTAR MADANI BERSAMA MYDIN DAN SINAR HARIAN SERTA PELANCARAN JELAJAH IFTAR SINAR MYDIN

Diterbitkan pada : 23 February 2026
𝟐𝟑 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐬𝐧𝐢𝐧 | 𝐌𝐲𝐝𝐢𝐧 𝐔𝐒𝐉

Program Khas Iftar MADANI bersama Mydin Mohamed Holdings Berhad dan Sinar Harian serta Pelancaran Jelajah Iftar Sinar Mydin telah berlangsung dengan jayanya di Mydin USJ, Subang Jaya, Selangor.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran YB Dato' Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Kesihatan.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad; YBrs. En. Shahrir Zaman Abdul Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Profesional) Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri; serta YBrs. En. Ahmad Shukri Haji Adnan, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri Negeri Selangor serta pengurusan tertinggi syarikat korporat yang turut bersama dalam program ini.

Dalam program ini juga, YBrs. En. Ahmad Shukri telah menyampaikan perkongsian khas kenegaraan, yang menekankan kepentingan penghayatan nilai Malaysia MADANI melalui inisiatif kerajaan kepada warga korporat serta masyarakat umum.

Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Malaysia MADANI (Ihsan) yang menekankan nilai keprihatinan & perpaduan dalam menyantuni masyarakat, khususnya sempena bulan Ramadan. Program ini turut menjadi platform memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan sektor korporat dalam menjayakan agenda kebajikan rakyat.
Facebook X Instagram TikTok YouTube