Skip to main content

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Program MADANI Aktif AKM 2025

Diterbitkan pada : 02 November 2025
𝟐 𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐀𝐡𝐚𝐝 | 𝐏𝐮𝐭𝐫𝐚𝐣𝐚𝐲𝐚

Kelab Sukan dan Kebajikan Akademi Kenegaraan Malaysia (Team AKM) telah mengadakan Program MADANI Aktif Team AKM 2025 buat warganya dari Ibu Pejabat AKM Putrajaya, AKM Wilayah Persekutuan dan Institut Kenegaraan Perdana (IKP) Kuala Lumpur bertempat di Kompleks Mokhtar Dahari, Putrajaya.
Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk memperkukuh semangat kesukanan, pengukuhan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga Team AKM serta komuniti setempat.

Program ini telah dilaksanakan bermula dengan Sukan Indoor dan juga Sukan Outdoor dan hari ini merupakan kemuncak bagi program ini.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Shahrir Zaman bin Abdul Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Profesional), AKM. Turut hadir sama ialah YBhg. Datin Saliza binti Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Encik Khalid bin Mohamad Yosoff, Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Team AKM dan juga barisan Pengarah-Pengarah Bahagian serta warga AKM yang lain.

Semoga menerusi pelaksanaan program sebegini, AKM akan terus komited dalam memperkasakan nilai jati diri, disiplin dan semangat berpasukan yang berterusan sebagai teras kepada pembangunan modal insan dan kesejahteraan organisasi.
Facebook X Instagram TikTok YouTube