๐๐ ๐
๐๐๐ซ๐ฎ๐๐ซ๐ข ๐๐๐๐ | ๐๐ฌ๐ง๐ข๐ง | ๐๐๐ญ๐๐ฅ๐ข๐ง๐ ๐๐๐ฒ๐
Bahagian Korporat Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri telah melaksanakan Program Ukhuwah MADANI bersama Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM) dan Peluncuran Sticker Ramadan di Dewan Serbaguna MBPJ Petaling Jaya, Selangor telah berlangsung pada hari ini.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Muhammad Izuan bin Ahmad Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara.
Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datoโ Dr. Roslan bin Hussin Ketua Pengarah AKM, YBrs. Tuan Bryan Ng Yih Miin, Penasihat PPRPM, Encik Ahmad Faridz bin Dzulkarnain, Pengurus Kanan Bahagian Kementerian & Agensi Kawal Selia Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS), barisan pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai AKM.
Program ini bertujuan memperkukuh semangat perpaduan, kebajikan serta nilai kenegaraan dalam kalangan komuniti pekerja gig khususnya golongan penghantar makanan dan barangan. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi dan membantu dalam ekonomi gig negara.