Skip to main content

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

PROGRAM UKHWAH MADANI: KOMUNITI PERSATUAN PEKERJA PROFESIONAL FILEM MALAYSIA (PROFIMA)

Diterbitkan pada : 03 March 2026
𝟑 𝐌𝐚𝐜 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚 | 𝐅𝐈𝐍𝐀𝐒, 𝐔𝐥𝐮 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫

Bahagian Kepimpinan Strategik, Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri telah menganjurkan Program Ukhuwah MADANI: Komuniti Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) yang berlangsung di Dataran Karyawan FINAS, Ulu Kelang Selangor.

Inisiatif ini dirangka bagi memberikan kefahaman dan penghayatan terhadap konsep Malaysia MADANI menerusi semangat persaudaraan, kesyukuran dan kebersamaan disamping dapat mengimarahkan lagi bulan Ramadan yang mulia ini.

Antara pengisian program adalah Interaktif Kenegaraan, Tazkirah Ramadan, Cabutan Bertuah dan persembahan pentas daripada penggiat seni yang hadir.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Malaysia. Turut hadir Bersama YBrs. Encik Shahrir Zaman bin Abdul Wahab Timbalan Ketua Pengarah (Profesional) AKM.
Facebook X Instagram TikTok YouTube