Skip to main content

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Rancakkan MADANI Sabah

Diterbitkan pada : 09 November 2025
πŸ— ππ¨π―πžπ¦π›πžπ« | π€π‘πšπ | π’πšπ›πšπ‘ 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐫𝐧𝐚𝐭𝐒𝐨𝐧𝐚π₯ π‚π¨π§π―πžπ§π­π’π¨π§ π‚πžπ§π­π«πž

Program Rancakkan MADANI Sabah telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sipadan, Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Sabah.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri. Dalam ucapan beliau, Perdana Menteri menyeru agar rakyat Sabah terus mendokong agenda Malaysia MADANI khususnya dalam usaha mengangkat martabat negara. AKM selaku agensi latihan, perlu mainkan peranan untuk terus memberi penerangan kepada masyarakat tentang dasar-dasar negara supaya lebih difahami rakyat berkaitan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan persekutuan dan negeri.

Seramai lebih 2000 orang peserta yang hadir telah disajikan dengan sesi Interaktif Kenegaraan Malaysia MADANI yang telah disampaikan oleh En. Darwis bin Dawing, Penolong Pengarah AKM Negeri Sabah.

Selain itu, program juga diisi dengan sesi forum yang bertajuk β€œMalaysia MADANI: Rakyat Disantuni”. Forum dikendalikan oleh moderator jemputan, YBrs. Prof. Dr. Abdullah Bade, Profesor Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah. Terdapat 5 panel di dalam forum yang dibarisi oleh YB Senator Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohd Redzuan bin Othman, Ahli Dewan Negara Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin, Felo Kenegaraan Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri, YBhg. Datuk Sapawi bin Hj. Ahmad, Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah dan Cik Nur Aliah Farhanah binti Taip, Pengerusi Angkatan Belia MADANI Sabah. Forum ini telah membicarakan tentang peranan anak muda dan wanita dalam memacu Malaysia MADANI.

Semoga program Rancakkan MADANI ini menjadi medan penting dalam menyemai semangat patriotik serta membentuk jati diri rakyat Malaysia yang berwibawa dan bersedia menyumbang ke arah pembangunan negara bangsa.

Melalui inisiatif seperti ini, diharapkan dapat melahirkan lebih ramai individu yang berdaya kepimpinan tinggi dan mampu membawa perubahan positif demi kemajuan Malaysia yang berdaulat dan harmoni.
Facebook X Instagram TikTok YouTube