Skip to main content

Soalan Lazim
Hubungi Kami
Maklum Balas
Peta Laman

Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI Polis Diraja Malaysia Kontinjen Terengganu

Diterbitkan pada : 17 September 2025

๐Ÿ๐Ÿ• ๐’๐ž๐ฉ๐ญ๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ซ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ | ๐‘๐š๐›๐ฎ | ๐€๐ซ-๐‘๐ข๐ฒ๐š๐๐š๐ก ๐‘๐ž๐ฌ๐ข๐๐ž๐ง๐œ๐ž, ๐Š๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ค๐ฌ ๐’๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ ๐ž๐ซ๐ข ๐“๐ž๐ซ๐ž๐ง๐ ๐ ๐š๐ง๐ฎ

Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri Negeri Terengganu telah menganjurkan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kontinjen Terengganu. Program ini dihadiri oleh Ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai Rendah dan barisan Frontliner.
Slot Bicara Kenegaraan telah disampaikan oleh Encik Mohammed Omar bin Bujang, Sahabat Penggerak MADANI Negeri Terengganu dan Slot Interaktif Kenegaraan telah disampaikan oleh Encik Arcbar Azad bin Azanan, Penolong Pegawai Belia & Sukan, Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri Negeri Terengganu.
YBrs. Encik Shahrir Zaman bin Abdul Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Profesional) Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri telah menyampaikan Ucapan Aluan dan Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YDH CP Datoโ€™ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid, Pengarah Pengurusan PDRM.
Turut hadir, YDH DCP Mohd Asri bin Md Akhir, Timbalan Pengarah Pengurusan (Dasar Sumber Manusia), YDH SAC Suffian bin Sulaiman, Timbalan Ketua Polis Terengganu dan
YBrs. Encik Ahmad Khairuddin bin Mohammed, Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Pejabat Perdana Menteri Negeri Terengganu.
Program ini berjaya dilaksanakan dengan penuh bermakna dan menjadi wadah aspirasi terhadap wira penguatkuasa MADANI.
Facebook X Instagram TikTok YouTube